03 August 2009

kumpulan elham......kumpulan baru ;)



Pengenalan :

- Kumpulan ELHAM ini merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan secara sendirian berhad (SDN BHD) oleh individu anak-anak muda daripada pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK).

- Bermula dengan hobi/minat terhadap keUNIKan, keSENIan, keHALUSan, dan keINDAHan irama nasyid ini telah ditakdirkan oleh Allah swt kepada anak-anak muda ini untuk bertemu dan menubuhkan sebuah kumpulan nasyid yang akan di perjuangkan bersama-sama.

-Lagu-lagu yang di bawa oleh kumpulan ELHAM ini lebih berorientasikan irama moden di samping diselitkan juga irama yang menjadi asas kepada irama nasyid itu sendiri.


Matlamat Penubuhan :

- Dalam strategi/kaedah untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan, individu itu WAJIBlah mempunyai matlamat terhadap apa yang dilakukan. MAKA begitu jugalah ELHAM mempunyai matlamat-matlamat tertentu di atas asas penubuhan ini:

1) Menjadikan nasyid sebagai salah satu jalan bagi menyampaikan dakwah islamiah yang menjadi tanggungjawab setiap muslim terutama bagi golongan pemuda/syabab yang menjadi pemangkin syiar islam.
2) Bagi menarik golongan-golongan pemuda untuk meminati irama nasyid ini kerana pada masa kini golongan-golongan pemuda ini lebih gemar terhadap hiburan-hiburan barat yang banyak melalaikan.
3) Insya'allah... jika dimurahkan rezeki, kami kumpulan ELHAM akan muncul degan album sulung kami yang turut menjadi faktor utama di tubuhkan kumpulan ini.


Sejarah Penubuhan:

- Seperti kumpulan-kumpulan nasyid yang lain, kumpulan ELHAM juga mempunyai keunikan di dalam sejarah penubuhannya. Kisah penubuhan kumpulan ini bermula apabila seorang ustaz yang agak masyhur namanya di bumi Kelantan ini, beliau telah mencetuskan 'Ilham' untuk menubuhkan sebuah kumpulan nasyid dengan tujuan untuk menghasilkan sebuah album bagi mengumpul dana untuk pembangunan Maahad Tahfiz beliau yang bertempat di negeri serambi Mekah ini. Beliau selaku pengetua Maahad Tahfiz tersebut akan berusaha mengumpul dana untuk menghasilkan album ini. Dengan tercetusnya 'Ilham' tersebut belaiu telah meminta anak murid beliau (salah seorang dari ahli kumpulan Elham) untuk mencari ahli kumpulan ini. Pada tanggal 30 Februari 2009 bermulalah perkenalan dan perjuangan kelima-lima anak muda di dalam industri nasyid ini. Namun detik-detik itam terus menimpa kami apabila ustaz gagal mencari dana untuk kami menghasilkan album sulung, namun kerana kesedaran kami bangkit dengan sendirinya tanpa bantuan ustaz kami terus mengorak langkah dengan sendirinya untuk menghasilkan album sendiri dengan pencarian dana melalui persembahan-persembahan yang telah mengundang kami.. Nama kumpulan ini (ELHAM) juga telah di cetuskan melalui sejarah penubuhan kumpulan ini. Nama kumpulan ini juga mempunyai keunikkan dan makna-makna yang tersirat:

1) BAHASA MELAYU : ILHAM
2) BAHASA ARAB : ﻋﻠﻬﻢ 2) BAHASA INGGERIS : EL - ELITE, HAM - HARMONIZATION

kumpulan feelhoney-sekadar lelaki biasa

hayati lirik ini

mengemis kasih-raihan (hayati bersama)