30 July 2010

28 July 2010

GATHERING SANTAI KELAB JALINAN UKHUWAH IKIM.FM

ASSALAMUALAKUM TEMAN2 DI LUAR SANA KELAB JALINAN UKHUWAH AKAN MENGADAKAN GATHERING SANTAI DI SG CONGKAK PADA 31 JULAI INI. PENYERTAAN ADALAH PERCUMA....MARI SAMA2 MENGERATKAN LAGI SILATUL RAHIM ........ :)

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI ABI YAHYA  DI TALIAN : 019-4496035.

Yang Tulus & Ikhlas :

26 July 2010

MALAM KESENIAN ISLAM ANJURAN UIAM GOMBAK

JEMPUTAN KE MALAM KESENIAAN ISLAM DI UIAM GOMBAK SABTU INI JAM 8 MALAM,TIADA BAYARAN TIKET DIKENAKAN,ARTIS JEMPUTAN DEVOTEES,RIJAL,RAIHAN..PAKAT2 KAT SAHABAT2 YG LAIN DATANG RAMAI2 OK.JGN LEPASKAN PELUANG INI UNTUK MENYAKSIKAN MEREKA SECARA LIVE DISANA!!!
Yang Tulus & Ikhlas :

KONSERT AMAL UTEM

KONSERT AMAL UTEM
6 OGOS 2010
BERTEMPAT : TAPAK KONVENSYEN UTEM
Yang Tulus & Ikhlas :

kumpulan FAZS...............NASYID BARU


FAZS : ADALAH SEBUAH KUMPULAN POP ISLAMIC, YG SUDAH BERTAPAK DALAM ARENA SENI TANAH AIR SEJAK TAHUN 2004 sehingga sekarang...AHLI KAMI TERDIRI DRPD 5 ORG.. SEKARANG KAMI BERKERJASAM DI BAWAH NAUNGAN SYARIKAT BESTARI TERBIT SDN BHD... PIHAK KAMI MENERIMA SEBARANG JUA MAJLIS YG BERBENTUK KEROHANIAN, MOTIVASI DAN SEBAGAINYA, KAMI JUGA ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN P.A. SYSTEM DAN PROJECTOR SKRIN UNTUK SEMUA MAJLIS, SAMADA KONSERT, KONVESNYEN DAN SEBAGAINYA... SEBARANG URUSAN BOLEH HUBUNGI ( MOHAMAD ROSHARIZAN ROZLAN @ A.YOB - 019-3090539 ). BERAMAL KERANA ALLAH ADALAH CITA-CITA TERTINGGI KAMI...

LAYARI BLOG MEREKA http://www.fazsentertainment.blogspot.com/.

Yang Tulus & Ikhlas :

kumpulan feelhoney


Feelhoney merupakan sebuah kumpulan nasyid indie yang mula mengorak langkah pada tahun 2005 di Pusat Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan. Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, mereka menyepi untuk seketika. Feelhoney yang dianggotai oleh 5 orang mahasiswa Universiti Malaya ini kembali menyemarakkan irama dakwah dengan lagu berkonsepkan religi dengan irama yang lebih segar di telinga pendengar terutamanya di Universiti Malaya. Keselesaan dan kebebasan berkarya atas nama Indie menjadikan mereka lebih kreatif untuk mencorakkan lagi irama dakwah yang dibawakan.Feelhoney setakat ini telah mampu menghasilkan beberapa buah lagu dan antara yang mendapat respon positif setakat ini adalah lagu Sujud Memohon Cinta dan Kisah Cinta. Dan dalam masa terdekat ini Feelhoney dalam proses merakamkan single pertama mereka " KISAH CINTA" yang akan dimuatkan dalam ALBUM NASYEED UNDERGROUND yang menggabungkan penasyid-penasyid indie.Insya Allah pada masa akan datang, feelhoney ingin mengorak langkah setapak lagi kehadapan untuk melahirkan mini album mereka di bawah label FEELHONEY ENTERTAINMENT sendiri yang pastinya bakal memberikan variasi tersendiri buat penggemar irama nasyid terutamanya di Universiti Malaya sendiri. Antara lagu yang bakal dimuatkan ialah :


Aku ada kamu

Sesuatu yang hilang

Tika Bersamamu

Sujud Memohon Cinta

Sekadar Lelaki Biasa

Kisah Cinta


Yang Tulus & Ikhlas :

Fadhilat nisfu syaaban

1. Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban.


( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )







2. Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina ‘Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.

( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)



3. Telah memberitahu kami Sufian bin ‘Uyainah daripada Ibn Abi Labid daripada Abi Salamah telah berkata : Aku telah bertanya Sayyidatina ‘Aishah tentang puasa Rasulullah S.A.W maka dia menjawab : Adalah baginda S.A.W berpuasa sehingga kami berkata : Sesungguhnya baginda S.A.W telah berpuasa dan baginda s.A.W berbuka sehingga kami mengatakan : Telah baginda S.A.W berbuka. Aku tidak pernah melihat baginda S.A.W berpuasa dari sebulan sahaja lebih banyak daripada puasa baginda S.A.W pada bulan Sya’ban. Kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa Sya’ban sebulan penuh dan kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa sedikit daripadanya.

(Diriwayatkan oleh imam Muslim di dalam sohihnya)



4. Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah bin Abi Qais sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina ‘Aishah berkata : Bulan yang disukai oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda S.A.W berpuasa padanya adalah bulan Sya’ban kemudian disambung puasa pada bulan Ramadhan.

( Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaei, Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)



5. Telah memberitahuku Al-Maqburi daripada Abu Hurairah daripada Usamah bin Zaid telah berkata: Aku telah berkata : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kau telah melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana engkau puasa padanya. Soal Rasulullah S.A.W : Bulan apa? Aku telah berkata: Sya’ban bulan diantara Rejab dan Ramadhan yang mana melupai manusia mengenainya(diangkat kepadaNya) segala amalan semua hamba maka aku lebih suka amalanku tidak diangkat melainkan bersamanya aku berpuasa. Mka aku berkata lagi: Aku melihat engkau berpuasa pada hari Isnin dan Khamis dan tidak mengabaikan kedua-dua hari itu.Sabda baginda S.A.W : Sesungguhnya segala amalan semua hamba akan diangkat pada kedua-dua hari itu maka aku lebih suka tidak diangkat amalanku melainkan bersamanya aku berpuasa.

( Hadis ini sanadnya Hasan dan telah dikeluarkan oleh An-Nasaei, Imam Ahmad dan imam Al-Baihaqi )



HADIS MENGENAI KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN



1. Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya’ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan.

( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani )



2.Daripada Hisham bin Hassan daripada ( Al-Hasan daripada) Usman bin Abi Al-’As daripada Nabi S.A.W telah bersabda : Apabila tibanya malam nisfu (pertengahan) daripada bulan Sya’ban, pemanggil akan memang- gil : Adakah daripada mereka yang memohon keampunan maka nescaya diampun baginya ? Adakah daripada kalangan mereka yang meminta maka akan diberi? Maka tidak ada seseorang yang memohon sesuatu melainkan akan diberi melainkan penzina dengan kemaluannya ataupun orang syirik.

( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Al-Kharaiti, Al-Baihaqi dan imam Sayuti )





Penerangan Hadis



1. Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita bagaimana kelebihan bulan Sya’ban yang mana Rasulullah S.A.W sentiasa berpuasa bahkan melebihi bulan-bulan yang lain.



2. Hadis-hadis ini juga menerangkan bagaimana hukum berpuasa pada bulan Sya’ban iaitu sunat bukannya wajib. Oleh itu baginda S.A.W kadang-kadang berpuasa penuh sebulan pada bulan ini dan pada suatu ketika baginda tidak berbuat demikian. Kita perlu ingat bahawa setiap perbuatan Rasulullah S.A.W merupakan sunnah fi’liyyah (sunnah yang berasaskan perbuatan) yang boleh dijadikan hujjah di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.



3. Baginda S.A.W juga menggalakkan kita agar di dalam melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah maka ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit. Kita kadang-kadang melakukan perkara ini secara banyak tetapi tidak berterusan dan ia dilakukan apabila timbulnya perasaan rajin sahaja. Ini menyebabkan kita kurang merasai hikmat dan kesan daripada amalan tersebut. Ini kerana apabila ia dilakukan secara berterusan akan mendatangkan kepada kita perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan dan ini akan melahirkan individu yang sentiasa berada dalam ibadat dan mengingati Allah setiap masa dan tempat sama ada ditikar sembahyang, ketika belajar mahupun ketika berkerja.



4. Galakan ini juga bertujuan untuk melatih dan membiasakan kita dengan berpuasa sebelum masuknya bulan Ramadhan yang memang kita mesti berpuasa padanya.

5. Baginda juga menekankan bagaimana seseorang muslim mesti percaya bahawa setiap amalan yang dilakukan bukanlah sia-sia malah ia akan diangkat kepada Allah untuk dihisab kualitinya. Apabila perasaan ini timbul sepanjang kehidupan dan peribadatan kita seharian akan menyebabkan kita semakin yakin kepada balasan Allah terhadap apa yang telah kita sama-sama tunaikan. Ini dapat menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu ibadat sambil lewa dan penuh dengan perasaan malas dan juga mampu memberi peringatan agar jangan mendekati segala maksiat kerana setiap gerak laku kita diperhati dan dihisab oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.



6. Baginda S.A.W juga menjelaskan bagaimana adanya waktu-waktu tertentu yang mempunyai kelebihannya tersendiri seperti pada hari Isnin dan Khamis serta pada bulan Sya’ban terutama pada malam pertengahan bulannya. Baginda S.A.W juga mengajar kita agar menggunakan kesempatan yang ada dengan berdoa dan beribadah kepada Allah.



7. Islam mengajar kita agar menjaga masa dan menggunakan peluang yang ada untuk beribadat bukannya dihabiskan begitu sahaja disebabkan kita tidak merasa berdosa apabila tidak mempedulikan masa. Orang kafir mapu menjaga masa dan menggunakan masa untuk perkara berfaedah serta tidak kurang juga digunakan untuk mengatur strategi di dalam menyerang Islam. Adakah kita terus hanyut dibuai mimpi sedangkan musuh Islam telah lama merancang untuk menghancurkan kita.



8. Islam mahu melahirkan umat yang berkualiti dalam ibadat, masa dan pekerjaan yang mana ia tidak menyuruh kita sekadar menunaikan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan bersedekah sahaja tetapi juga menekankan agar setiap ibadat yang dilakukan mampu melahirkan umat yang sedar siapa mereka dan apa tanggungjawab mereka. Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah memarahi sahabat yang hanya mahu beribadat khusus sahaja sedangkan baginda S.A.W sendiri bukan sahaja merupakan orang yang kuat beribadat khusus, memohon keampunan malah baginda juga sebagai bapa, suami, ahli masyarakat dan juga yang paling besar dan berat adalah sebagai pemimpin negara. Semuanya dikira ibadat jika dilakukan mengikut landasan Islam. Kita jangan termakan dengan dakyah sesat golongan kuffar yang menyatakan ibadat adalah perkara yang berkaitan dengan sembahyang, puasa, haji dan ibadat khusus yang lain sahaja tanpa mempedulikan kewajipan kita yang besar seperti tanggungjawab terhadap kerja, keluarga, masyarakat setempat dan juga pemerintahan negara.



9. Islam mencela mereka yang syirik, berzina dan bermusuhan yang mana doa mereka tidak dimaqbulkan.




Yang Tulus & Ikhlas :

22 July 2010

MAHER ZAIN - FOR THE REST OF MY LIFE



Yang Tulus & Ikhlas :

VIDEO KLIP KUMPULAN ZAHRAN



Yang Tulus & Ikhlas :

KUMPULAN FINE .....KUMPULAN NASYID BARU



Yang Tulus & Ikhlas :

CAHAYA NUR NASYID

assalamualaikum rasa nya dah lama tak berblog ye.....ok di sini saya ingin meminta kerjasama anda dan juga idea2 anda untuk menghidupkan lagi segmen cahaya nasyid ini memberikan sebarang topik2 yang boleh di letakkan dalam cahaya nasyid ini

sekiranya anda ada ape2 cadangan boleh sahaja anda hantarkan ke emel sy djmiftah@yahoo.com

terima kasih diucapkan kepada anda atas sokongan anda kepada serifm wassalam :)

Yang Tulus & Ikhlas :

09 July 2010

SERIFM MENDAPAT KERJASAMA BERSAMA KUMPULAN ELHAM

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung.syukur kehadrat ilahi kerana diberi kesihatan dan peluang untuk saya mencoret sedikit blog ini.Alhamdulilah hari demi hari radio online serifm mendapat kunjungan dan sokongan dan sokongan dari individu-in dividu tertentu.

Alhamdulilah ingin saya panjat kesyukuran kepada ilahi dimana segmen yang dikendalikan oleh saya se ndiri yakni segmen cahaya nasyid mendapat sambutan beberapa artis nasyid tanah air.baru2 ini ....baru sahaja semalam saya mendapat emel daripada pihak elham production dimana mereka berminat untuk berkerjasama dengan kami di sini walaupun pada dasarnya radio serifm ini bukanlah 100% nasyid,namun di atas kepercayaan mereka kepada saya dan juga segmen cahaya nasyid ini,mereka tidak ada rasa sangsi dan alhamdulilah mereka sempat untuk membuat banner untuk serifm.

dan insya Allah dengan adanya sokongan begini dapat lagi mengembangkan industri nasyid tanah air di samping itu dapat meluaskan skop dakwah islamiyyah alternatif ini.

dengan itu saya mewakil warga kerja serifm ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kupulan elham semoga anda kalian terus thabat dalam perjuangan ini takbir!
Yang Tulus & Ikhlas :

02 July 2010

KONSERT AURA MAGIKA UMMAH (KAMU) 31 JULAI 2010 KEPALA BATAS PULAU PINANG

Tiket Konsert Aura Magika kini boleh didapati secara online eksklusif di blog ini. Murah dan Berbaloi-baloi. Tempahlah sekarang !


http://www.karnivalkamu.blogspot.com/



Harga tiket :





*Kanak-kanak (berumur 12 tahun dan ke bawah) RM 5

*Dewasa (berumur 13 tahun dan keatas) RM 7

*Eksklusif VIP (barisan duduk di hadapan+kerusi empuk banquet) RM 10

*Keluarga (2 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak) RM 30

*Kumpulan kanak-kanak (40 0rang) RM 150

*Kumpulan Dewasa (40 orang) RM 200





Untuk hiburan :



Nasyid

Makar Ilusi

Pentomin

Anakdot Puitis

Band secara langsung!





Menampilkan artis seperti :





>Nazrey Johani

>Amar

>Muadz

>Algebra Band

>Soul Group of Pentomin

>Ustaz Fahmi Abu Bakar

>DJ Miftah (Cahaya Nasyid@SeriFM/Singapura)

Yang Tulus & Ikhlas :

kumpulan feelhoney-sekadar lelaki biasa

hayati lirik ini

mengemis kasih-raihan (hayati bersama)