25 March 2010

Sabar dari kemarahan



Sebuah hadith dari Baginda s.a.w.

Narrated by Abu Huraira: Allah's Apostle said, "The strong is not the one who overcomes the people by his strength, but the strong is the one who controls himself while in anger".

Perkataan (strong)/kuat sungguh tepat dalam context ini. Jika kita mahu badan yang sihat dan kuat, kita harus ke gym. Jika kita mahu menjadi seorang yang kuat/penyabar, kita harus latih diri kita ketika marah.

Untuk kita menjadi seorang yang penyabar kita harus ke "gym" juga untuk melatih kesabaran kita. Di manakah "gym" itu? Setiap kali seseorang menguji kesabaran kita atau waktu berdepan dengan dugaan Ilahi, kita sedang berada di dalam "gym".

Kerana jika pada masa-masa ini kita tidak menahan/melatih kemarahn/kesabaran kita,maka kita tidak akan menjadi seorang yang penyabar. Setiap sesuatu perlukan latihan.

Maka setiap kali kita sabar menemui dugaan, kita sedang melatih kesabaran kita(bagaikan kita sedang buat bicep curls atau crunches lah hehe). Masa itulah kesabaran kita akan meningkat dan bertambah kuat(membuat biceps lagi besar atau abs yang lagi menyerlah).

Jika pada masa tenang kita berdiam/bersabar, tetapi ketika bertemu dengan dugaan kita marah,maka kita belum lagi menjadi seorang yang kuat/penyabar(makan supplements tetapi malas angkat besi ketika dalam gym pun tidak guna).

Allah lebih mengetahui.



Yang Tulus & Ikhlas :

sekalung budi buat teman-teman & membuka lembaran baru dalam hidupku

salam sejahtera buat semua para pengunjung yg mengunjungi blog saya ini.kali ini saya ingin kongsikan bersama anda kenangan saya bersama rakan-rakan di Kuis.rasanya bagaikan sekejap sahaja bersama dengan teman-teman terurama sekali housemate saya :).saya akan berpisah dengan mereka dan akan meninggalkan KUis .saya mohon doa restu dari rakan-rakan untuk mendoakan kejayaan saya dalam pembelajaran saya.insya allah saya akan menyambung pembelajaran saya di negeri sendiri.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada lecturer yang telah memberikan ilmu yang agak banyak dan berfaedah kepada kami .dan juga saya harap teman-teman sekuliah dengan saya ijazah sarjana muda syariah dan undang-undang dapat meneruskan perjuangan sebagai mahasiswa islam yang terbaik bila keluar nanti insya Allah amin.

mulai april 2010,saya akan memulakan kuliah baru dalam bidang ijazah sarjana muda dakwah dan pengurusan dan juga akan menjadi seorang pendidik..doa dan sokongan dari anda amat-amatlah saya hargai untuk saya meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba.

dengan itu nampaknya sehinggA di sini sahaja saya dapat coretkan di blog ini.sehingga berjumpa lagi dicoretan yang seterusnya :0




Yang Tulus & Ikhlas :

pengenalan matan aljazariah oleh ustaz mihdhar mahmood (singapura)




Yang Tulus & Ikhlas :


24 March 2010

album nur Muhammad-inteam dan unique



Sempena dengan bulan kelahiran Nabi Muhammad saw, bulan Rabiulawal ini, pihak Inteam Records dengan kerjasama UNIQUE Nasyeed & Training Consultant telah menerbitkan sebuah album Selawat dan Qasidah berjudul NUR MUHAMMAD.

Album ini mengandungi 13 track yang terdiri daripada 10 lagu Selawat dan 3 alunan Qasidah.

Album ini menampilkan Kumpulan Inteam dan Kumpulan Unique serta undangan saudara Syam dan Suhaimi.

Album Nur Muhammad turut memuatkan Kuiz yang menawarkan hadiah percutian ke Beijing bersama kumpulan UNIQUE.

Beli di:http://www.inteam.com.my/index.php


Yang Tulus & Ikhlas :

album permata hijjaz 2010 april ini



Nantikan album terbaru HIJJAZ awal bulan4 yang bertajuk “PERMATA HIJJAZ 2010”
Menampilkan kelainan dalam konsep LIVE String Orchestra dan semestinya menguji telinga anda..
Antara lagu-lagu pilihan:
1-Gurindam Berkasih
2-Embun Hidayah
3-Satu Amanah
4-Syukur Pada-Mu
5-Neraca Diri
6-Ratu Nil (Yukabid)
7-Ala Baladi (Arabic)
8-Kekasih Agung 1400
9-Engkau Insan Sempurna
10-Iman Islam Ehsan
11-Kalimah Utama
Proses cetak proses terakhir .. NANTIKAN!!!


Yang Tulus & Ikhlas :

selamat tinggal Nasyidfm .......dari Miftah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung....rasanya dah lama dah tak update blog...almaklum....terlalu 'rajin' heheh.ok lembaran baru 2010 dah 3 bulan lebih masuk tahun 2010....macam2 perkara baru berlaku baik yang gembira dan sedih....waalau apa-apa pun kita harus menjalankan kehidupan seperti biasa....life must go on...heheeh..

ok .....memandangkan ramai yang tertanya2 saya semenjak kebelakangan ini adakah benar saya sudah berhenti dari nasyidfm?ia...jawapan nya ialah benar ......sudah tiba masanya saya mengirak langkah sendiri.....dan memberi peluang pada yang lain :).namun perjuangan saya untuk mengukuhkan industri nasyid saya akan tetap sokongnya :).saya akan tetap meneruskan dj dan inilah merupakan minat saya...saya harap teman2 di luar sana dpt mendoakan kejayaaan saya.dan juga terima kasih kepada pndgr2 dan teman2 yang tidak putus-putus mmeberikan kata semnagt kepada saya terima kasih banyak2...kalau jumpa di luar jangan lupe tegur :)

oklah saya rasa itu sahaja yang dpt saya coretkan di sini....berjumpa lagi di posting akan datang :)
wassalam...
Yang Tulus & Ikhlas :

03 August 2009

kumpulan elham......kumpulan baru ;)



Pengenalan :

- Kumpulan ELHAM ini merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan secara sendirian berhad (SDN BHD) oleh individu anak-anak muda daripada pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK).

- Bermula dengan hobi/minat terhadap keUNIKan, keSENIan, keHALUSan, dan keINDAHan irama nasyid ini telah ditakdirkan oleh Allah swt kepada anak-anak muda ini untuk bertemu dan menubuhkan sebuah kumpulan nasyid yang akan di perjuangkan bersama-sama.

-Lagu-lagu yang di bawa oleh kumpulan ELHAM ini lebih berorientasikan irama moden di samping diselitkan juga irama yang menjadi asas kepada irama nasyid itu sendiri.


Matlamat Penubuhan :

- Dalam strategi/kaedah untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan, individu itu WAJIBlah mempunyai matlamat terhadap apa yang dilakukan. MAKA begitu jugalah ELHAM mempunyai matlamat-matlamat tertentu di atas asas penubuhan ini:

1) Menjadikan nasyid sebagai salah satu jalan bagi menyampaikan dakwah islamiah yang menjadi tanggungjawab setiap muslim terutama bagi golongan pemuda/syabab yang menjadi pemangkin syiar islam.
2) Bagi menarik golongan-golongan pemuda untuk meminati irama nasyid ini kerana pada masa kini golongan-golongan pemuda ini lebih gemar terhadap hiburan-hiburan barat yang banyak melalaikan.
3) Insya'allah... jika dimurahkan rezeki, kami kumpulan ELHAM akan muncul degan album sulung kami yang turut menjadi faktor utama di tubuhkan kumpulan ini.


Sejarah Penubuhan:

- Seperti kumpulan-kumpulan nasyid yang lain, kumpulan ELHAM juga mempunyai keunikan di dalam sejarah penubuhannya. Kisah penubuhan kumpulan ini bermula apabila seorang ustaz yang agak masyhur namanya di bumi Kelantan ini, beliau telah mencetuskan 'Ilham' untuk menubuhkan sebuah kumpulan nasyid dengan tujuan untuk menghasilkan sebuah album bagi mengumpul dana untuk pembangunan Maahad Tahfiz beliau yang bertempat di negeri serambi Mekah ini. Beliau selaku pengetua Maahad Tahfiz tersebut akan berusaha mengumpul dana untuk menghasilkan album ini. Dengan tercetusnya 'Ilham' tersebut belaiu telah meminta anak murid beliau (salah seorang dari ahli kumpulan Elham) untuk mencari ahli kumpulan ini. Pada tanggal 30 Februari 2009 bermulalah perkenalan dan perjuangan kelima-lima anak muda di dalam industri nasyid ini. Namun detik-detik itam terus menimpa kami apabila ustaz gagal mencari dana untuk kami menghasilkan album sulung, namun kerana kesedaran kami bangkit dengan sendirinya tanpa bantuan ustaz kami terus mengorak langkah dengan sendirinya untuk menghasilkan album sendiri dengan pencarian dana melalui persembahan-persembahan yang telah mengundang kami.. Nama kumpulan ini (ELHAM) juga telah di cetuskan melalui sejarah penubuhan kumpulan ini. Nama kumpulan ini juga mempunyai keunikkan dan makna-makna yang tersirat:

1) BAHASA MELAYU : ILHAM
2) BAHASA ARAB : ﻋﻠﻬﻢ 2) BAHASA INGGERIS : EL - ELITE, HAM - HARMONIZATION

kumpulan feelhoney-sekadar lelaki biasa

hayati lirik ini

mengemis kasih-raihan (hayati bersama)