04 June 2010

Kapal Ireland mohon bantuan PBB untuk sampai ke Gaza

Sabtu, 05/06/2010 – Menurut aktivis yang berkata pada Khamis lepas, sebuah kapal Ireland dijangka akan berlabuh di Gaza pada hujung minggu ini. Mereka telah memohon bantuan PBB untuk memastikan keselamatan pelayaran mereka selepas rejim Zionis menghentikan satu konvoi kapal bantuan dalam pertempuran yang mengorbankan beberapa orang awam baru-baru ini.




Kapal, yang diberi nama MV Rachel Corrie akan membawa 15 orang penumpang termasuk seorang pemenang anugeral Nobel dan seorang bekas pegawai tertinggi PBB. Kapal itu sekarang ini berada kira-kira 250 batu (400 km) dari tempat di mana 6 buah kapal bantuan Gaza diserang tentera rejim Zionis sehingga mengorbankan 9 orang awam.



“Kami ingin menekankan di sini bahawa matlamat kami bukannya untuk membuat provokasi tetapi hanya untuk menghantar kargo-kargo bantuan ke Gaza,” kata bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Denis Halliday. Kenyataan beliau disiarkan oleh Kempen Ireland untuk Pembebasan Palestin (IPSC).



“Kami menyeru PBB untuk memeriksa kargo bantuan kami dan mengiringi kami ke Gaza, serta menghantar seorang perwakilan dari PBB untuk bersama-sama belayar dengan kami sebelum memasuki zon pengecualian,” katanya lagi.



Yang Tulus & Ikhlas :

rancangan cahaya nasyid di radio online serifm

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung,terutama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang mengunjungi blog sederhana saya ini.alhamdulilah diberi keizinan untuk saya coretkan artikel pada kali ini.

alhamdulilah pada malam ini saya rasa bersyukur kehadarat ilahi dan juga para pendengar yang telah memberikan sokongan dalam rancangan cahaya nasyid terbitan saya sendiri di serifm.dan dalam jangkaan beberapa bulan sudah mendapat sambutan yang baik dari pendengar mahupun dari yang tidak begitu minat dengan nasyid.

berkat usaha dan doa kalian yang tidak putus dan sokongan kalian yang tidak putus membuatkan saya untuk terus berjuang meneruskan memutarkan lagu-lagu2 kerohanian di samping itu juga lagu-lagu mendidik jiwa ke radio yang biasa.walau pun beberapa hari ini saya hadapi dengan masalah kesihatan dengan suara saya yang serak tetapi atas dorongan teman-teman semua membuat kan saya begitu semangat untuk meneruskan ;perjuangan ini.

ala kullli hal syukran pada semua,dan tahniah pada serifm.dengan itu saya akhir kan coretan saya ini dengan kata mulia 'assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh'


Yang Tulus & Ikhlas :

30 May 2010

serifm mendapat kerjasama dengan lelaman blog fenomena nasyid

assalamualaikum kali ini saya ingin kongsi dengan anda para pengunjung di lelaman blog saya ini....dengan segala penghargaan saya mewakili radio online serifm amatlah berbesar  hati kerana kami telah mendapat sambutan dari lelaman popular fenomena nasyid yang telah bersetuju untuk membuat kerjasama bersama serifm ........semoga dengan usaha ini dapatlah kita memartabatkan industri muszik....dan juga nasyid ...muzik tanpa sempadan :)layari lelaman mereka  http://fenomenasyid.blogspot.com/

 Yang Tulus & Ikhlas :

19 May 2010

dakwah dan pengurusan

assalamualaikum salam sejahtera kepada semua pengunjung dan terima kasih kerana mengunjungi ke blog saya yang sederhana ini.

rasanya sudah lama tidak menulis blog ini.ok kali ini saya ingin kongsilah sedikit dengan anda,alhamdulilah sudah pon saya masuk dan mula kuliyyah baru di singapore ini.dan rasanya hari pertama agak kaku hahaha almaklum...dah lama tinggalkan heehehe oklah 2...refresh......so kali ini saya perlu lebih fokus dan kuat semangat :).

bidang dakwah ini kalau dikaji memanglah terlalu luas skopnya....perlulah di sentiasa rajin2 kan diri untuk mengkaji :)hmmmm doakan yang terbaik ye teman2 semoga saya dapat menjalankan pengajian saya selama 3 tahun stgh insya allah amin.doa restu keluarga dan kawan2 amatlah saya hargai...

dengan itu...setakat itu sahaja dapat saya coretkan di sini....semoga berjumpa lagi di coretan yang seterusnya :) wassalamualaiakum warahmatullah :0
Yang Tulus & Ikhlas :

06 May 2010

mIFTAH KINI KENDALIKAN NASYID@serifm dalam rancangan cahaya nasyid

SSAlam semua rasa-rasanya dah lama tidak update blog ini.terima kasih di ucapkan kepada yang mengunjungi blog ini.ramai yang tertanya2 kemanakah miftah kini???ok jawapan nya begini...miftah kini mengorak langkah dengan membawa lagu2 nasyid ke sebuah radio online yang tidak outarkan nasyid radio SERIFM.ini adalah satu langkah pertama dan membawa lembaran dan kehidupan yang baru buat saya.......

terima kasih di uvapkan buat semua yang begitu prihatin terhadap perkembangan saya ini....doakan yang terbaik utk saya ye....kawan2... ;0 jangan lupa layari http://www.serifm.net/ .

Yang Tulus & Ikhlas :

05 April 2010

KonserT Kamu di kepala batas pulau pinang



PENGENALAN




Karnival Konsert Aura Magika Ummah (KAMU) merupakan wadah hiburan santai berkonsepkan Islamic Art and Edutainment iaitu kesenian dan hiburan berpendidikan yang berteraskan Islam. Diantara aktiviti yang telah dirancang dalam karnival ini adalah seperti ceramah motivasi pelajar dan keluarga, pertandingan coral speaking sekolah rendah, pertandingan nasyid sekolah menengah, pertandingan street soccer institut pengajian tinggi, riadah berkuda, pertunjukan drift car, street magic, pelbagai pameran, forum perdana, perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma dan derma darah, jualan murah serta banyak lagi... Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti tersebut akan lebih menghangatkan serta memeriahkan konsert kesenian Islam sebagai acara kemuncak pada sebelah malamnya. Malamnya, pengunjung akan ditemani oleh nyanyian, pentomin, anekdot puitis dan silap mata. Elemen-elemen ini digarapkan bersama sepanjang 2 jam konsert berlangsung pasti akan membuatkan para hadirin tidak jemu menikmati persembahan yang dipentaskan.

DICERIAKAN oleh DJ MIFTAH(DJ SERIFM )
                                                                     




Yang Tulus & Ikhlas :

Kembali mengajar :)

salam sejahtera buat semua pengunjung....hari ni saya nak kongsilahkan rasa gembira nya dan juga lembaran baru buat saya.alhamdulilah kembali semula saya ke alam mengajar .rindu juga dah lama tidak mengajar.terima kasih diucapkan pada semua yang memberikan ucapan.......

nampaknya sehingga di sini jelah.....dah xde idea dah nak coret ape2 hehe...sehingga berjumpa lagi di kesempatan lain ye :)

Yang Tulus & Ikhlas :

kumpulan feelhoney-sekadar lelaki biasa

hayati lirik ini

mengemis kasih-raihan (hayati bersama)