26 July 2010

kumpulan feelhoney


Feelhoney merupakan sebuah kumpulan nasyid indie yang mula mengorak langkah pada tahun 2005 di Pusat Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan. Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, mereka menyepi untuk seketika. Feelhoney yang dianggotai oleh 5 orang mahasiswa Universiti Malaya ini kembali menyemarakkan irama dakwah dengan lagu berkonsepkan religi dengan irama yang lebih segar di telinga pendengar terutamanya di Universiti Malaya. Keselesaan dan kebebasan berkarya atas nama Indie menjadikan mereka lebih kreatif untuk mencorakkan lagi irama dakwah yang dibawakan.Feelhoney setakat ini telah mampu menghasilkan beberapa buah lagu dan antara yang mendapat respon positif setakat ini adalah lagu Sujud Memohon Cinta dan Kisah Cinta. Dan dalam masa terdekat ini Feelhoney dalam proses merakamkan single pertama mereka " KISAH CINTA" yang akan dimuatkan dalam ALBUM NASYEED UNDERGROUND yang menggabungkan penasyid-penasyid indie.Insya Allah pada masa akan datang, feelhoney ingin mengorak langkah setapak lagi kehadapan untuk melahirkan mini album mereka di bawah label FEELHONEY ENTERTAINMENT sendiri yang pastinya bakal memberikan variasi tersendiri buat penggemar irama nasyid terutamanya di Universiti Malaya sendiri. Antara lagu yang bakal dimuatkan ialah :


Aku ada kamu

Sesuatu yang hilang

Tika Bersamamu

Sujud Memohon Cinta

Sekadar Lelaki Biasa

Kisah Cinta


Yang Tulus & Ikhlas :

No comments:

kumpulan feelhoney-sekadar lelaki biasa

hayati lirik ini

mengemis kasih-raihan (hayati bersama)