03 August 2009

kumpulan elham......kumpulan baru ;)



Pengenalan :

- Kumpulan ELHAM ini merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan secara sendirian berhad (SDN BHD) oleh individu anak-anak muda daripada pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK).

- Bermula dengan hobi/minat terhadap keUNIKan, keSENIan, keHALUSan, dan keINDAHan irama nasyid ini telah ditakdirkan oleh Allah swt kepada anak-anak muda ini untuk bertemu dan menubuhkan sebuah kumpulan nasyid yang akan di perjuangkan bersama-sama.

-Lagu-lagu yang di bawa oleh kumpulan ELHAM ini lebih berorientasikan irama moden di samping diselitkan juga irama yang menjadi asas kepada irama nasyid itu sendiri.


Matlamat Penubuhan :

- Dalam strategi/kaedah untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan, individu itu WAJIBlah mempunyai matlamat terhadap apa yang dilakukan. MAKA begitu jugalah ELHAM mempunyai matlamat-matlamat tertentu di atas asas penubuhan ini:

1) Menjadikan nasyid sebagai salah satu jalan bagi menyampaikan dakwah islamiah yang menjadi tanggungjawab setiap muslim terutama bagi golongan pemuda/syabab yang menjadi pemangkin syiar islam.
2) Bagi menarik golongan-golongan pemuda untuk meminati irama nasyid ini kerana pada masa kini golongan-golongan pemuda ini lebih gemar terhadap hiburan-hiburan barat yang banyak melalaikan.
3) Insya'allah... jika dimurahkan rezeki, kami kumpulan ELHAM akan muncul degan album sulung kami yang turut menjadi faktor utama di tubuhkan kumpulan ini.


Sejarah Penubuhan:

- Seperti kumpulan-kumpulan nasyid yang lain, kumpulan ELHAM juga mempunyai keunikan di dalam sejarah penubuhannya. Kisah penubuhan kumpulan ini bermula apabila seorang ustaz yang agak masyhur namanya di bumi Kelantan ini, beliau telah mencetuskan 'Ilham' untuk menubuhkan sebuah kumpulan nasyid dengan tujuan untuk menghasilkan sebuah album bagi mengumpul dana untuk pembangunan Maahad Tahfiz beliau yang bertempat di negeri serambi Mekah ini. Beliau selaku pengetua Maahad Tahfiz tersebut akan berusaha mengumpul dana untuk menghasilkan album ini. Dengan tercetusnya 'Ilham' tersebut belaiu telah meminta anak murid beliau (salah seorang dari ahli kumpulan Elham) untuk mencari ahli kumpulan ini. Pada tanggal 30 Februari 2009 bermulalah perkenalan dan perjuangan kelima-lima anak muda di dalam industri nasyid ini. Namun detik-detik itam terus menimpa kami apabila ustaz gagal mencari dana untuk kami menghasilkan album sulung, namun kerana kesedaran kami bangkit dengan sendirinya tanpa bantuan ustaz kami terus mengorak langkah dengan sendirinya untuk menghasilkan album sendiri dengan pencarian dana melalui persembahan-persembahan yang telah mengundang kami.. Nama kumpulan ini (ELHAM) juga telah di cetuskan melalui sejarah penubuhan kumpulan ini. Nama kumpulan ini juga mempunyai keunikkan dan makna-makna yang tersirat:

1) BAHASA MELAYU : ILHAM
2) BAHASA ARAB : ﻋﻠﻬﻢ 2) BAHASA INGGERIS : EL - ELITE, HAM - HARMONIZATION

17 April 2009

unic kembali lagi dengan album kompilasi mereka




Album Kompilasi UNIC yang di tunggu-tunggu telah pun berada di pasaran sekarang!!!
Terdapat 4 buah lagu baru. Juga menampilkan ahli terbaru UNIC iaitu saudara Fakhrul Radhi bekas anggota kumpulan Zulfan dan juga Juara Akademi Al-Quran musim ke 3

4 buah lagu baru :

  1. Jalan Pulangku
  2. Bicara Tentang Cinta
  3. Hanyut
  4. Langkah Tercipta


Yang Tulus & Ikhlas :

16 April 2009

inteam kembali lagi dengan gabungan suhaimi dan hisyam



nteam kembali lagi dengan album terbaru berjudul Allahu Rabbi. Atas permintaan ramai, album istimewa ini turut menampilkan Suhaimi dan Hisyam yang merupakan anggota asal kumpulan Inteam. Terdapat 10 buah lagu yang pasti hits iaitu:
      • 01 Allahu Rabbi
      • 02 Hamzah Asadullah
      • 03 Hanya Takdir (dedikasi untuk Palestin)
      • 04 Dia Muhammad
      • 05 Kepastian
      • 06 Kemuliaan Al Quran
      • 07 Asy Syafie (duet bersama Ustaz Tahassan)
      • 08 Redha
      • 09 Asma Allah
      • 10 Kasih Sayang (duet bersama Ustaz Asri Rabbani)

DAPATKAN CD INTEAM - ALLAHU RABBI DENGAN HARGA ISTIMEWA BERSERTA AUTOGRAF EKSKLUSIF BAGI PEMBELI 100 UNIT TERAWAL HANYA DI INTEAM MOBILE ONLINE MALL. SILA BUAT TEMPAHAN SEKARANG!




Yang Tulus & Ikhlas :

24 February 2009

KUmpulan solihin ......singapura


lsetelah di tubuhkan pada tahun 1998. Dengan tujuan utama untuk menghidupkan lagu-lagu nasyid & juga untuk menarik remaja-ramaja sekarang meminatinya. Pada masa permulaan kumpulan nasyid ini ditubuhkan ianya mempunyai anggota yang seramai 10 hingga 12 orang yang terdiri dari golongan remaja & dewasa. Kebanyakan mereka adalah dari kumpulan belia-belia masjid. Termasuk juga 2 anggota wanita remaja yang menganggotai nasyid solihin. Akan tetapi mereka hanya bermain alat-alat 'percussion' sahaja yang mana hanya anggota lelakinya sahaja menjadi vokalis.

Selalunya membuat persembahan secara 'live' dengan vokal & alat 'percussion' yang ramai. Nasyid Solihin telah banyak mendapat undangan bagi menyerikan majlis-majlis seperti Maulid, Forum Agama, Perayaan Islam, pameran-pameran & karnival setempat. Dan tidak ketinggalan juga memasuki pertandingan-pertandingan Nasyid. Pada tahun 2004, Kumpulan Solihin telah menjuarai pertanding Nasyid Nasional Singapura yang dianjurkan persatuan wartawan Melayu S'pura. Selain dari itu juga Solihin pernah juga diundang membuat persembahan di Konsert Nasyid Nasional Ke-2 yang juga di serikan oleh kumpulan nasyid popular Malaysia Hijjaz & Konsert Nasyid 2005 bersama kumpulan UNIC. Dan pada tahun 2003 pernah menyerikan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Nasional & Remaja. Dan juga pada menjelang Awal tahun Baru 2004, Solihin diundang mewakili Jamiyah membuat persembahan di Majlis World Peace di Kallang Theater yang terdiri dari perbagai persatuan-persatuan Agama yang lain.

Anggota Nasyid Solihin kini hanya mempunyai 5 orang sahaja setelah melalui pelbagai rombakkan atas urusan-urusan tertentu & juga dimana ramai anggotanya telah menjalani Perkhidmatan Negara & lain-lain. Namun Solihin tetap kekal sehingga kini yang diterajui oleh salah seorang dari pengasasnya iaitu Sdra Ramlee Ahmad. Solihin kini hanya menumpukan pada kekuatan vokalis sahaja dimana mereka yang berempat itu adalah : Sdra Malik, Safaruan, Shah, Khairul & termasuk Sdra Ramlee sendiri.



Yang Tulus & Ikhlas :

17 February 2009

hukum muzik dalam islam....sekadar renungan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ....dan salam sejahtera kepada semua pengunjung dan juga ingin diucapkan terima kasih kepada anda yang sudi untuk mengunjungi blog saya ini. dan pada kali ini saya ingin mengongsikan sedikit perkara yang menjadi relevan di kalangan masyarakat islam iaitu hukum muzik dalam dalam islam.....ini adalah sebagai renungan....sekiranya anda ada komen ......amatlah di alu-alukan....... :)

Mengenai hukum muzik di dalam Islam, adalah jelas ia perkara khilaf di mana ada sesetengah ulama mengatakan ianya haram. Namun saya cenderung untuk mengikuti jumhur ulama yang mengatakan muzik dibolehkan, selagi mana ia mempunyai mesej positif dan tidak melalaikan pendengarnya daripada menunaikan kewajiban mereka sebagai orang Islam.

Berikut saya turunkan petikan daripada sebuah artikel mengenai ‘Muzik Dalam Islam’ tulisan Wan Muhammad Wan Sulong dari Universit Yarmouk yang merumuskan perkara ini seperti berikut:

- ‘Di zaman kini, penggunaan muzik begitu berleluasa. Muzik digunakan dalam media massa elektronik. Di TV, muzik digunakan untuk rancangan yang berfaedah dan tidak berfaedah.

Begitu juga dengan radio. Di sini kita dapati penggunaan muzik telah berubah daripada zaman dahulu. ‘Uruf dan adat telah bertukar sebagaimana kata Dr Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya ‘Al-Mufassal’ .

Oleh kerana perkembangan dunia seni yang begitu pesat, muzik kini tidak lagi menjadi syiar kepada majlis-majlis arak, ahli fasiq dan maksiat semata-mata.

Misalnya, apabila kita mendengar muzik dalam rancangan berita atau muzik yang digunakan untuk berpindah dari satu program ke program lain, adakah ia mengingatkan kita kepada majlis-majlis arak atau majlis-majlis ahli fasiq dan maksiat?

Sudah tentu jawapannya tidak. Malah muzik di zaman ini berfungsi mengikut tujuan dan suasana ianya digunakan. Kerana itu, penulis berpendapat penggunaan muzik di zaman kini adalah harus tetapi mestilah meraikan syarat-syarat berikut:

i. Niat pengguna dan pendengar hendaklah betul berdasarkan kaedah Al-Umur Bimaqasidiha iaitu sesuatu urusan adalah berdasarkan maksudnya

ii. Tujuan dan suasana penggunaan muzik tidak melanggar batas-batas Allah SWT iaitu mestilah digunakan untuk tujuan-tujuan yang mulia.

iii. Mengelak daripada menyerupai golongan fasiq, maksiat dan kufur iaitu menjaga adab-adab Islam dalam penggunaan muzik. Tidak boleh menggunakan muzik-muzik tertentu yang hanya digunakan oleh golongan fasiq dan fasad seperti rentak rock dan yang seumpama dengannya. Nabi SAW bersabda: ‘Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, ia seperti tergolong dalam kaum tersebut.’


wallahu a'lam....

04 February 2009

hukum orang islam menyambut valentines day


ISU DAN PERMASALAHAN SEMASA

HUKUM ORANG ISLAM MENYAMBUT PERAYAAN

VALENTINE’S DAY

...budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat... Pendahuluan Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun 1980-an kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai atau dikasihi. Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”. Di samping itu, jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh golongan yang meraikannya, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih. Namun, apa yang membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasangpasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks. Sejarah Permulaan Valentine’s Day Kebanyakan masyarakat khususnya generasi muda pada hari ini, hanya mengikut apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan sama ada Valentine’s Day wajar disambut ataupun tidak. Sebenarnya, Valentine’s Day mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran Kristian. Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day : i. Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung. ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan

Oleh : Ustazah Norzila Bt. Mohd Nor (Bahagian Istinbat)

sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan. iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

12

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

ISU DAN PERMASALAHAN SEMASA
Hujjah dan Dalil Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ; dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. : Bermaksud : “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat. Di dalam Islam, usaha untuk memupuk kasih sayang tidak semestinya dilakukan hanya pada hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6) Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa : “Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.

Mutiara Kata

Oleh : Cik Maznah Bt. Hanipa (Bahagian Sistem Maklumat)

“...jika hati sejernih AIR, jangan biar ia KERUH... jika hati SEPUTIH AWAN, jangan biar ia MENDUNG... jika HATI seindah BULAN, hiasilah ia dengan IMAN dan TAQWA....” Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis... Hidup tanpa cabaran dan dugaan ibarat hidup tanpa warna. Hidup dalam satu warna yang sama selamanya kita tak akan merasai keindahan dan kemanisan hidup serta tahap kematangan kita tanpa cabaran. Hidup dan cabaran dan dugaan ibarat isi dan kuku. Tawaduk bukanlah bererti lemah, tegas tidak bererti kasar,beralah bukan bererti kalah, kalah bukan bererti salah. Alaskan bantalmu dengan kejujuran, rebahkan tubuhmu dengan keikhlasan, selimutkan tubuhmu dengan kesabaran, semoga tidurmu dalam keimanan. Kebekuan air mata itu dari kekerasan hati, kekerasan hati itu dari banyaknya dosa dari disebabkan angan-angan mencintai dunia dan cinta dunia itu sumber segala dosa.

BULETIN AT-TAQWA • BIL. 9

13

sumber di atas ini dari ustazah @ jabatan mufti selangor .



03 February 2009

kemunculan kumpulan baru are-buddy di sebut (abadi)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....alhamdulilah....dengan keizinannya sekali lagi dapat saya berada di blog ini amin....ya rabb :).

Album yang dinanti-nantikan pencinta nasyid tanahair kini telah terbit. Album pertama Are-Buddy, KALIMAH WARISAN - ARE-BUDDY terbitan Are Buddy Enterpise dan edaran SLZ Production.

Uniknya Album ini, ianya diusahakan sendiri oleh warga Are-Buddy sendiri. dengan rentak muzik yang tersendiri harap ianya lebih segar tetapi tidak sampai merosakkan keaslian lagu ini.

Senarai lagu-lagu hits yang bakal menyingkap diri anda:

1. Takhta Bonda
2. An Nida U Minal A’Mak
3. Lukisan Rindu
4. Lapangan Perjuangan
5. Uwais Al-Qarni
6. Muslimah Sejati
7. Faqirnya Aku
8. Dianku Abadi
9. Budaya Islam Wawasan Ummah
10. Selamanya

Dapatkan album ini di pasaran sekarang dengan harga RM 18.90 (CD)





Yang Tulus & Ikhlas :

31 January 2009

Media sebagai Medium Dakwah

">Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....alhamdulilah dengan keizinan yang maha esa dapatlah saya meneruskan menulis blog ini.

mungkin ramai dikalangan masyarakat terutama islam amat perihatin dengan pergerakkan media sama ada radio atau television. namun menjadi agak lebih kebimbangan kepada mereka adalah mereka bimbang dengan adanya Media massa ini dapat melalaikan terutama sekali kepada anak mereka.

sebagai seorang islam kita mempunyai pilihan untuk memilih perkara yang terbaik untuk diri kita dan juga keluarga.

Tujuan media massa ini adalah untuk menyampaikan maklumat dan juga informasi yang berguna buat tatapan kita.namun disamping itu juga diselitkan hiburan sebagai wadah sampingan dan juga santai buat seisi keluarga insya Allah.

Adakah andapernah menonton Discovery Channel,Cnn dan channel news Asia(buat para peninton di singapura)?apakah yang anda perolehi dengan apa yang disampaikan?pasti ilmu bukan?sudah tentu.....ok baiklah...kalau di radio seperti ikim (malaysia)94.2(singapura)dan radio rsi.....siaran- siaran yang saya sebutkan ini adalah segelintir...apa yang terlintas dalam fikiran saya :)namun jikalau ada lebih kongsikanlah bersama saya ya :)ok...dengan siaran-siaran ini mendatangkan faedah kepada pendengar-pendengar yang mendengarnya ...insya Allah dapat didengarnya dan menarik seluruh dunia yang melayari atau mendengrkan siaran radio tersebut......

ok berbalik kepada dakwah....pasti anda akan bertanya apakah kaitan dakwah dengan media massa?heehh...ok.....sebenarnya apabila ditinjau sebenarnya terdapat beberapa saluran tv seperti forum perdana di tv1 dan juga bicara addin kedua-dua ini sudah boleh kita kaitakan dimana mereka memainkan peranan menggunakan media massa untuk berdakwah menyampaikan mesej-mesej yang penting kepada masyarakat terutama islam.

dan siaran radio kini sudah pon boleh anda dengar bukan sahaja melalui gelombang radio namun di internet .ini menunjukkan peredaran masa dan teknologi yang canggih dapat lagi insya Allah terutama para dae'(pendakwah) untuk berdakwah dengan menggunakan alternatif seperti internet.

salah satu radio internet yang saya rasa agak berkaitan dengan dakwah adalah seperti radio Nasyidfm :)mengapa saya berkata demikian....kerana selain dari memutarkan lagu-lagu hiburan disamping itu juga menyelitkan unsur-unsur keagamaan dalam setiap topik-topik yang dibincangkan.dengan wadah ini juga dapat menarik terutama para pelajar diluar dan dalam negeri untuk mendapatkan maklumat dan tak lupa juga buat para ibu bapa dan masyarakat umum yang mungkin ingin mendapatkan informasi terutama tentang agama melalui internet.

dengan itu sebagai simpulan,dakwah bukan sahaja dengan menggunakan mulut namun berdakwah boleh menggunakan tangan dan wadah-wadaha yang lain.

akhir kalam dari saya insan dhaif


Adakah suara wanita itu aurat?


Assalamualaikum warahmatullah ...salam sejahtera buat semua pengunjung semoga anta dibawah rahmah dan kasih sayangnya dan juga selawat dan salam atas junjungan nabi kita muhammad sallalu alaihi wasallam.

Apabila kita berbicara mengenai wanita pasti kita akan kaitkan dengan suara betulkan?memang benar,ramai dikalangan masyarakat islam pada hari ini amat perihatin dengan perkara ini.baiklah saya cuba ingin kongsikan serba sedikit kepada anda semua apakah pandangan ulama' mengenai masalah suara wanita ini.

pelbagai ulama' telah berselisih atau dikatakan dalam bahasa arabnya(khilaf ulama') dalan membahaskan tentang perkara ini.saya akan cuba senaraikan beberapa ulama' dan pandangan-pandangan mereka mengenai perkara ini.

Islam mengharamkan segala sesuatu yang boleh menyebabkan dan mendatangkan fitnah serta godaan.oleh sebab itu islam melarang wanita memakai gelang kaki merek a kerana dibimbangi akan timbulnya perasaan kepada lelaki yang mendengarnya.

firman Allah taala dalam surah al-nur: ayat 31:
yang bermaksud :dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar tidak diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.

Ulama' Mazhab Hanafi berhujah dengan larangan tersebut sebagai dalil yang menunjukkan bahawa wanita itu termasuk dalam kategori aurat.

Ulama' mazhab Syafie pula berhujah mengatakan suara wanita tidak aurat dengan alasan nya bahawa wanita boleh mengadakan jual beli (muamalah) malah boleh mengadakan apa jua aktiviti yang dijalankan oleh kaum lelaki.

menurut imam syafie,suara wanita dianggap aurat apabila sesseorang wanita itu bercakap dengan keadaan yang boleh menimbulkan nafsu pada lelaki yang mendengarkannya.

Pada pandangan saya dari kedua-dua ulama' membahaskan mengenai aurat wanita ini,dapat saya merumuskan bahawa kita dapat melihat bahawasanya islam menjaga dengan baik para wanita sehingga meletakkan wanita kedarjat yang paling tinggi.maka dengan itu diharapkan para wanita diluar sana dan juga masyarakat dapat mempelajari ilmu terutama ilmu agama lebih mendalam untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik dan jelas

akhir kalam dari hamba yang dhaif disisinya





Yang Tulus & Ikhlas :

kumpulan feelhoney-sekadar lelaki biasa

hayati lirik ini

mengemis kasih-raihan (hayati bersama)