31 January 2009
Adakah suara wanita itu aurat?
Assalamualaikum warahmatullah ...salam sejahtera buat semua pengunjung semoga anta dibawah rahmah dan kasih sayangnya dan juga selawat dan salam atas junjungan nabi kita muhammad sallalu alaihi wasallam.
Apabila kita berbicara mengenai wanita pasti kita akan kaitkan dengan suara betulkan?memang benar,ramai dikalangan masyarakat islam pada hari ini amat perihatin dengan perkara ini.baiklah saya cuba ingin kongsikan serba sedikit kepada anda semua apakah pandangan ulama' mengenai masalah suara wanita ini.
pelbagai ulama' telah berselisih atau dikatakan dalam bahasa arabnya(khilaf ulama') dalan membahaskan tentang perkara ini.saya akan cuba senaraikan beberapa ulama' dan pandangan-pandangan mereka mengenai perkara ini.
Islam mengharamkan segala sesuatu yang boleh menyebabkan dan mendatangkan fitnah serta godaan.oleh sebab itu islam melarang wanita memakai gelang kaki merek a kerana dibimbangi akan timbulnya perasaan kepada lelaki yang mendengarnya.
firman Allah taala dalam surah al-nur: ayat 31:
yang bermaksud :dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar tidak diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
Ulama' Mazhab Hanafi berhujah dengan larangan tersebut sebagai dalil yang menunjukkan bahawa wanita itu termasuk dalam kategori aurat.
Ulama' mazhab Syafie pula berhujah mengatakan suara wanita tidak aurat dengan alasan nya bahawa wanita boleh mengadakan jual beli (muamalah) malah boleh mengadakan apa jua aktiviti yang dijalankan oleh kaum lelaki.
menurut imam syafie,suara wanita dianggap aurat apabila sesseorang wanita itu bercakap dengan keadaan yang boleh menimbulkan nafsu pada lelaki yang mendengarkannya.
Pada pandangan saya dari kedua-dua ulama' membahaskan mengenai aurat wanita ini,dapat saya merumuskan bahawa kita dapat melihat bahawasanya islam menjaga dengan baik para wanita sehingga meletakkan wanita kedarjat yang paling tinggi.maka dengan itu diharapkan para wanita diluar sana dan juga masyarakat dapat mempelajari ilmu terutama ilmu agama lebih mendalam untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik dan jelas
akhir kalam dari hamba yang dhaif disisinya
Yang Tulus & Ikhlas :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
baik!!! zain!!
Post a Comment