Pembacaan al-Quran itu, sangatlah diutamakan oleh agama Islam dan para pembacanya juga turut dimuliakan. Maka tidaklah wajar sekiranya kalau ada orang Islam yang tidak memberikan perhatian kepada pembacaan al-Quran setiap hari walaupun hanya beberapa ayat sahaja.
Padahal dia terus membaca yang lain-lain seperti suratkhabar,buku-buku cerita dan sebagainya. Jika dia tidak tahu membaca al-Quran, mestilah dia belajar dan mencari guru untuk mengajarnya.Tidak ada uzur "excuse" sama sekali bagi dirinya untuk mendakwa bahawa dia tak tahu membaca al-Quran, pada hal dia boleh belajar, tetapi dia cuaikan dirinya untuk belajar.
" Ketahuilah, bahawa mazhab sahih yang terpilih sudah disepakati oleh ulama' iaitu : Bahawa pembacaan atau pengajian al-Quran itu, adalah lebih utama daripada bertasbih dan bertahlil dan selainnya yang yang termasuk dari zikir-zikir yang dibuat.Dalam hal ini sudah jelas adanya dalil-dalil yang banyak yang menetapkan perkaranya, Wallahu a'alam"(التبيان في آداب حملة القرآن )
Yang Tulus & Ikhlas :
No comments:
Post a Comment