22 June 2010

baik buruk peranan hati dalam islam

Hati merupakan asas yang sangat penting dan tersembunyi dalam diri

setiap insan. la memainkan peranan yang sangat bermakna dalam kehidupan

seharian. Rasulullah s.a.w. menyatakan soal hati seperti berikut:

‘Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik

maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah

keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati’

Berdasarkan hadis di atas bahawa kebaikan manusia atau keburukannya

datang dari hati, kerana hati adalah pengarah bagi pancaindera yang lahir. Jika

hatinya baik maka baiklah segala perbuatannya serta rasa senang setiap rakan

taulan mendekatinya dalam pergaulan. Andai hatinya buruk dan busuk, maka

segala perbuatannya akan jahat dan keji, sentiasa cenderung ke arah maksiat

mengikut kehendak hati dan hawa nafsu, dan pernikirannya ketika itu pula akan

kalah dan sentiasa diketepikan. Oleh itu, hati adalah raja bagi seluruh anggota,

manakala anggota-anggotanya yang lain adalah tentera. Anggota-anggota ini

sering melakukan sesuatu mengikut kehendak hati. Andai baik hati maka

baiklah dalam pergaulan. Andai sebaliknya, maka kawan dan rakan seringl kali

menjadi mangsa. Dalam masalah ini Allah s.w.t sentiasa mengingatkan kepada

hamba Nya melalui firman Nya dalam al Quran, surah al Syu'ara' 26, ayat 88-89

yang berbunyi:

‘Di hari yang tidak ada manfaat sama ada harta benda begitu juga anak-anak

melainkan sesiapa yang menghadap Allah dengan hati yang suci murni (iaitu

penuh keikhlasan) kerana Allah semata-mata.’

Hati yang amat dihargai di sisi Allah ialah hati yang suci bersih dari

sebarang maksiat, syubhah, hasad dengki dan seterusnya perkara perkara yang

makruh atau yang dibenci oleh Allah. Sebab itu Rasulullah s.a.w sentiasa berdoa

kepada Allah dengan sabdanya:

‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon darimu hati yang suci bersih

Yang Tulus & Ikhlas :

Hati asas pergaulan menurut alquran dan alsunnah

Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dan



taulan. Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi peranan


penting dalamjiwa dan kehidupan Muslim untuk menegak iman yang kuat serta


jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingati-Nya dengan


berzikir dan berselawat kepada Rasulullah sepanjang masa.


Firman Allah dalam surah al-Anfal 8, ayat 2 menyentuh kepentingan hati:


‘Sesunguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa


gementarlah hati-hati mereka.’


Iman menunjukkan keikhlasan hati yang sihat akan membuahkan


keimanan yang kuat dan akan membawa kepada jiwa yang bersih serta fikiran


yang bernas dan menampakkan keikhlasan dalam pergaulan.


Hati membayangkan keikhlasan iman seseorang berdasarkan apa yang


diungkapkan oleh lidah atau gerak geri dan tingkah laku dalam pergaulan


harian, ini sudah dapat difahami bahawa itu adalah kehendak hati walaupun


tiada sebarang penjelasan melalui percakapan.


Sekiranya hati sentiasa sihat pergaulan dan persahabatan sentiasa mesra


dan bahagia. Sebaliknya andai hati tidak sihat maka tidak ada tolak ansur dalam


pergaulan. Setiap tindakan sudah ketara tidak ikhlas dan boleh membawa


kepada munafik disebabkan sering kali berbohong dan berdolak dalik mencari


helah bagi melindung diri dari penipuan.


Begitulah peranan hati dalam menjalani kehidupan di dunia ini, tetapi


setiap insan sering kali melupai bahawa segala tindakan di dunia ini adalah


penentuan habuan yang akan sampai di antara dua persimpangan di hari


pembalasan sama ada baik atau buruk, ke syurga atau neraka. Malangnya jalan


yang dilalui dalam kehidupan setiap insan sentiasa melalaikan kecuali yang






beriman. Lantaran itu Rasulullah sentiasa memberi peringatan terhadap


umatnya melalui sabda baginda:


‘Kasihilah olehmu akan saudara kamu seperti mana kamu kasih kepada diri kamu


sendiri.’





Yang Tulus & Ikhlas :

21 June 2010

Ciri-ciri Wanita Solehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.




Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :



1. Taat kepada Allah dan RasulNya

2. Taat kepada suami



Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya



Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.

- Wajib menutup aurat

- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah

- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya

- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa

- Berbuat baik kepada ibu & bapa

- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang

- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa

- Bersikap baik terhadap tetangga



2. Taat kepada suami



- Memelihara kewajipan terhadap suami

- Sentiasa menyenangkan suami

- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah

- Tidak bermasam muka di hadapan suami

- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur

- Tidak keluar tanpa izin suami

- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami

- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran

- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya

- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga



FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA



Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.



Faktor-faktor tersebut ialah:



1) Lupa mengingat Allah



Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.



Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:



” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”



Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:

“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)



Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.



2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.



Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.



Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:



” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”



3) Mudah terpedaya dengan syahwat.



4) Lemah iman.



5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.



Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.



Yang Tulus & Ikhlas :

19 June 2010

Allah mengujiku......air mata yang terus mengalir.............

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,salam sejahtera dan selamat mengunjungi ke blog sederhana saya ini.kali ini saya ingin coretkan dan saya ingin kongsi sedikit tentang diri saya ini.

sesungguhnya Allah maha adil dan maha Berkuasa.bagi setiap hamba di dunia ini tidak dapat mya mengatasi kekuasaan Allah dan juga pada diirku ini.Aku tidak mengerti mengapakah hati ini sukar untuk melupakannya namun ya Allah ku tidak berdaya untuk melupakannya....ya allah...............ku tidak mengerti apakah silap dan salah ku selama ini......ya allah sekiranya aku yang bersalah maka hukum lah diriku ini.................

ya Allah jika sekiranya ia tercatat bagi diriku,maka dekatkanlah hatinya denga hatiku ........ya allah amin...
akhir kalam,demikianlah coretan hati saya untuk kali ini.......semoga berjumpa lagi waalaikumsalama...
Yang Tulus & Ikhlas :

18 June 2010

siapakah dr yusof al qardawi?

Beliau Lahir di sebuah desa kecil di Mesir bernama Shafth Turaab di tengah Delta pada 9 September 1926. Aku lahir 10 September.. Hehe.. Lari sehari je. Pada Usia 10 tahun, beliau sudah hafal al-Qur'an. Menamatkan pendidikan di Ma'had Thantha dan Ma'had Tsanawi, Qardhawi terus melanjutkan ke Universiti al-Azhar, Fakulti Ushuluddin. Dan lulus tahun 1952. Tapi bergelar doktor pada tahun 1972 melalui thesisnya "Zakat dan Dampaknya Dalam Penanggulangan Kemiskinan", yang kemudian di sempurnakan menjadi Fiqh Zakat. Sebuah buku yang sangat komprehensif membahas persoalan zakat dengan keadaan sosial modern.




Disebabkan kelewatan meraih doktor, kerana beliau terpaksa meninggalkan Mesir akibat kekejaman rejim yang berkuasa saat itu. Beliau terpaksa menuju Qatar pada tahun 1961 dan di sana sempat mendirikan Fakulti Syariah di Universiti Qatar. Pada saat yang sama, beliau juga mendirikan Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi dan mendapat kewarganegaraan Qatar serta menjadikan Doha sebagai tempat tinggalnya.



Dalam perjalanan hidupnya, Qardhawi pernah di penjara pada zaman mudanya kerana terlibat dalam pergerakan Ikhwanul Muslimin Waktu itu Mesir dipegang Raja Faruq sekitar tahun 1949, saat umurnya masih 23 tahun,.Pada April tahun 1956, beliau ditangkap lagi akibat Revolusi Juni di Mesir. Qardhawi terkenal dengan khutbah-khutbahnya yang berani sehingga dilarang sebagai khatib di sebuah masjid di daerah Zamalik. Alasannya, khutbah-khutbahnya menjurus kepada pemikiran umum tentang ketidak adilan rejim saat itu. Qardhawi memiliki tujuh anak. Empat putri dan tiga putra. Sebagai seorang ulama yang sangat terkenal, beliau membebaskan anak-anaknya untuk menuntut ilmu apa saja sesuai dengan minat dan bakat serta kecenderungan masing-masing. Beliau tidak pernah melupakan untuk menyemai pendidikan pada anak-anak perempuannya dan anak laki-lakinya.



Salah seorang putrinya memperoleh doktor fisik dalam bidang nuklear dari Institusi barat. Putri keduanya memperoleh doktor dalam bidang kimia juga dari institusi barat, sedangkan yang ketiga masih menempuh S3. Adapun yang keempat telah menyelesaikan pendidikan S1-nya di Universiti Texas Amerika.



Dari tujuh anaknya, hanya seorang yang belajar di Universiti Darul Ulum Mesir dan menempuh pendidikan agama. Sedangkan yang lainnya, mengambil pendidikan umum dan semuanya ditempuh di luar negeri. Ia menujukkan Qardhawi merupakan seorang ulama yang menolak perbezaan ilmu secara kolot. baginya semua ilmu harus dipelajari dan tidak hanya bergantung kepada orang yang mempelajari dan mempergunakannya. Pemisahan ilmu secara dikotomis itu, menurut Qardhawi, telah menghambat kemajuan umat Islam.



Yang Tulus & Ikhlas :

16 June 2010

DENGARKAN PROMO NASYEED U DUO DI SERIFM DALAM CAHAYA NASYID LAGU MUHASABAH CINTA VERSI AKUSTIK

assalamualaikum kepada peminat-peminat nasyeed uo ini lah dia penampilan suara ariff shah sebagai promo album terbaru nasyeed duo ............nantikan album terbaru mereka di pasaran hanya di serifm :)

Yang Tulus & Ikhlas :

12 June 2010

sajak untuk sang pencinta yang dicintai

Apalah arti kekayaan jika cinta yang menyebabkan aku merindu tak kumiliki.




Apalah Arti Istana yang megah, bila tak ada tempat untuk jiwaku untuk berteduh dan bersandar



Untuk apa dikelilingi putri-putri raja, bila cinta yang telah ku rasakan telah memenjarakan hatiku, dan telah membutakan mataku atas segala keindahannya.



Engkaulah kekasih yang menjadi inspirasi dan penghias mimpi malamku...Aura wujudmu benar-benar mempesona, jikalau matahari tak terbit , cukuplah wajahmu yang menggantikan sinarnya. Bila rembulan enggan datang dimalam hari, kelembutanmu sudah cukup untuk merebahkan bumi dipangkuan indahmu.



Engkau adalah ilham bagiku untuk memetik dawai gitar, menjalin syair cinta nan indah hingga menjadi doa-doa akan harapan dan anugerah.



Pesona wajahmu bagai pusaran angin taufan yang bisa menghisap semua benda yang tertanam dibumi. Andaikata seorang pemuda tidak mampu menatap wajahmu , maka mendengar namamu saja sudah cukup untuk mengembalikan gairahnya yang hilang...



Dalam setiap lamunan aku meyakinkan diri , kekasih yang kudamba dapat menghadirkan senyum kebahagiaan dalam hatiku, menanggalkan kesedihan yang selalu membayang ,menjadi cahaya kehidupan serta pelipur lara bagi jiwaku.


Yang Tulus & Ikhlas :

Apa tujuan wujudkan Nasyid di radio online serifm?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung yang mengunjungi blog saya yang sederhana ini. tertarik pulak saya untuk kongsi dengan anda topik yang begitu hangat dan giat diperkatakan oleh pengunjung dan juga pendengar di serifm.

pertama sekali saya akan menjawabkan soalan yang membelenggu segelintir pendengar dan juga pengunjung ke radio online serifm .

apa tujuan saya wujudkan nasyid ini di serifm ? jawapannya  ialah pertama sekali sebelum kita melangkah bab mengenai hiburan kiat sentuh bab dakwah.secara maklumnya dan juga penelitian saya pengarah bagi radio serifm ini mmeberitahu saya bahawa kebanyakkan pendengar di sini tidaklah datang dari latar belakang mengaji agama dengan itu saya cuba untuk berdakwah dengan cara alternatif ini supaya untuk menarik golongan terutama sekali  golongan muda dengan islam.

perkara yang kedua, mengenai hiburan,sepertimana hiburan-hiburan nasyid ini merupakan sesuatu wadah untuk menggalak dan mendidik jiwa masyarakat dengan kata-kata nasihat yang di nanyikan disamoing itu juga insya allah dapat menyampaikan mesej yang berguna buat semua pendengar.

dengan kewujudan ini juga dapat lagi seimbangkan lagu-lagu yang diputarkan agar tidak dikatakan terdapat lagha di dalamnya.

dengan itu saya akhiri ...dengan adanya wadah ini dapat lagi memartabatkan islam dengan jalan alternatif ini selagi ia tidak terkeluar dari landasan yang sesat wallahu a'lam

   dengan itu saya akhiri dengan lafaz mulia assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Tulus & Ikhlas :

Apa itu Nasyid ?


Seni atau kesenian memiliki banyak bidang . Salah satunya adalah seni suara . Kaum muslimin—utamanya para ahli seni Islam, ulama, penyair Islam, aktivis gerakan Islam—adalah pihak yang paling gigih dalam berupaya menghadirkan ruh Islam dalam pentas seni suara .




Jika kita tarik jauh ke belakang , sesungguhnya upaya kreatif menghadirkan ruh Islam pada dunia senia suara, sesungguhnya telah berlangsung sejak masa Rasulullah . Syair "thola’al badru ‘alaina…"(telah muncul rembulan di tengah kami…) -- yang kini kerap dinyanyikan oleh tim qosidah dan majelis ta’lim, adalah syair yang dinyanyikan kaum muslimin saat menyambut kedatangan Rasulullah SAW untuk pertama kali ke Madinah.



Upaya kreatif tersebut terus berlangsung hingga kini. Perkembangan , warna, tema yang mengisi seni suara tersebut tak dapat dilepaskan dengan situasi dan kondisi zaman yang mengitarinya. Misalnya saja seni suara Islam yang lahir di Timur Tengah , yang banyak mengumandangkan pesan-pesan jihad Palestina, perlawanan terhadap Yahudi-Israel dan kesyahidan, karena itulah latar situasi politik yang tengah mereka hadapi di depan mata mereka. Seni suara tersebut terkenal dengan sebutan Nasyid Islam (Senandung Islam).



Fenomena Nasyid tersebut juga berimbas ke Indonesia sekitar era 80-an. Lagu-lagu asli bahasa Arab dinyanyikan oleh pemuda-pemuda Indonesia. Namun kini perkembangan kelompok Nasyid Indonesia telah mampu mengarang Nasyid berbahasa Indonesia dengan tema-tema lagunya yang semakin meluas (tidak hanya tema jihad dan kesyahidan) , dipengaruhi oleh situasi kondisi kemasyarakatan yang mengitari masyarakat Indonesia. Upaya kelompok nasyid Indonesia -- yakni kelompok nasyid Snada, Suara Persaudaraan, Izatul Islam, Asyabab, Harmoni Voice, Sam Abdullah , Bijak, dan lain-lain --tersebut telah mengahasil lebih dari 10 kaset , yang beredar di kalangan Remaja Masjid , Rohis SMA dan Kampus. Oleh karenanya tak heran kalau kegiatan keislaman Remaja Masjid , Rohis SMA dan Kampus kerap diselingi dengan penampilan tim-tim nasyid.



Trend tersebut, sekalipun masih berusia + satu dasawarsa, agaknya telah menunjukkan gairah yang luar biasa. Agaknya sambutan antusia tersebut beriring dengan munculnya kesadaran berislam di kalangan sebagian remaja dan pemuda-pemudi Islam . Sehingga merekapun mencari penyaluran gairah seni suaranya kepada jenis senia suara yang ber-ruh Islam.



Setelah menyimak uraian di atas, maka agaknya Panitia Festival November 1997 (dalam rangka memperingati ulang tahun TIM, Taman Ismail Marzuki- Jakarta) memandang perlu untuk mengakomodasi trend seni suara alternatif tersebut, karena hal itu sejalan dengan misi pembangunan manusia seutuhnya , khususnya terkait dengan pembangunan aspek ketaqwaan . Satu aspek yang memang harus kita terus tumbuh kembangkan, apalagi mengingat sinyalemen kerusakan moral dan penyalah gunaan obat di sebagain "ABG" dan pemuda/i kita.




Yang Tulus & Ikhlas :

11 June 2010

RANCANGAN BARU CAHAYA NASYID @ SERIFM

Cahaya Nur Nasyid @ SERIFM
Setelah Hampir Sebulan Cahaya Nasyid Diperkenalkan di serifm,sehingga kini alhamdulillah sambutan yang menggalakan daripada semua pengemar lagu-lagu nasyid di malaysia..


Atas permintaan ramai bermula 20 jun ini cahaya nasyid akan terus dikekalkan pada jam 6pm-9pm yang dulunya 1pm-4pm..

Segmen Cahaya Nasyid yang di kendalikan oleh Dj Miftah dari singapura ini pasti akan menyemarakkan lagi industri nasyid tanah air kita amnya di Malaysia..

Terima kasih atas sokongan anda untuk segmen ini,dan diharap ianya lebih menarik di masa akan datang...


Yang Tulus & Ikhlas :

07 June 2010

serifm mendapat kerjasama nasyiduo

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.terima kasih kepada anda yang sudi untuk mengunjungi blog saya ini. alhamdulilah syukur kehadarat ilahi kali ini kami di serifm menerima kerjasama dengan shahiran dalam single terbaru nasyiduo penampilan shahiran dan ariff shah.

alhamdulilah juga saya dapat meyiapkan beberapa promosi dan juga mendapat kan bantuan daripada admin fn untuk banner huhuhu thanks....kredit 2 fn :) dengan adanya usaha ini dapat menjalinkan lagi antara artis dan pihak media.

kepada anda nanti kan kemunculan single terbaru nasyiduo penampilan shahiran dan arif shah hanya di serifm ;)

Yang Tulus & Ikhlas :

06 June 2010

sana helwah..... :)

assalamualaikum,alhamdulilah....pada hari ini amatlah rasa gembira kepada teman-teman yang tidak putus-putus memberikan wish kepada saya...terima kaish banyak-banyak.alhamdulilah rasanya macam dah makin tua....hahah.oklah walau apa pun ingin panjatkan kesyukuran kepada ilahi yang memberikan nafas dan juga kesihatan rezeki amin ya rabb.

pada malam tadi sempat sambut bersama keluarga termasuk adik-adikku dan papa dan juga unty fauziah.terima kaish diucapkan pada semua terharu sangat-sangat ;)



Yang Tulus & Ikhlas :

04 June 2010

Kapal Ireland mohon bantuan PBB untuk sampai ke Gaza

Sabtu, 05/06/2010 – Menurut aktivis yang berkata pada Khamis lepas, sebuah kapal Ireland dijangka akan berlabuh di Gaza pada hujung minggu ini. Mereka telah memohon bantuan PBB untuk memastikan keselamatan pelayaran mereka selepas rejim Zionis menghentikan satu konvoi kapal bantuan dalam pertempuran yang mengorbankan beberapa orang awam baru-baru ini.




Kapal, yang diberi nama MV Rachel Corrie akan membawa 15 orang penumpang termasuk seorang pemenang anugeral Nobel dan seorang bekas pegawai tertinggi PBB. Kapal itu sekarang ini berada kira-kira 250 batu (400 km) dari tempat di mana 6 buah kapal bantuan Gaza diserang tentera rejim Zionis sehingga mengorbankan 9 orang awam.



“Kami ingin menekankan di sini bahawa matlamat kami bukannya untuk membuat provokasi tetapi hanya untuk menghantar kargo-kargo bantuan ke Gaza,” kata bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Denis Halliday. Kenyataan beliau disiarkan oleh Kempen Ireland untuk Pembebasan Palestin (IPSC).



“Kami menyeru PBB untuk memeriksa kargo bantuan kami dan mengiringi kami ke Gaza, serta menghantar seorang perwakilan dari PBB untuk bersama-sama belayar dengan kami sebelum memasuki zon pengecualian,” katanya lagi.



Yang Tulus & Ikhlas :

rancangan cahaya nasyid di radio online serifm

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung,terutama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang mengunjungi blog sederhana saya ini.alhamdulilah diberi keizinan untuk saya coretkan artikel pada kali ini.

alhamdulilah pada malam ini saya rasa bersyukur kehadarat ilahi dan juga para pendengar yang telah memberikan sokongan dalam rancangan cahaya nasyid terbitan saya sendiri di serifm.dan dalam jangkaan beberapa bulan sudah mendapat sambutan yang baik dari pendengar mahupun dari yang tidak begitu minat dengan nasyid.

berkat usaha dan doa kalian yang tidak putus dan sokongan kalian yang tidak putus membuatkan saya untuk terus berjuang meneruskan memutarkan lagu-lagu2 kerohanian di samping itu juga lagu-lagu mendidik jiwa ke radio yang biasa.walau pun beberapa hari ini saya hadapi dengan masalah kesihatan dengan suara saya yang serak tetapi atas dorongan teman-teman semua membuat kan saya begitu semangat untuk meneruskan ;perjuangan ini.

ala kullli hal syukran pada semua,dan tahniah pada serifm.dengan itu saya akhir kan coretan saya ini dengan kata mulia 'assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh'


Yang Tulus & Ikhlas :

kumpulan feelhoney-sekadar lelaki biasa

hayati lirik ini

mengemis kasih-raihan (hayati bersama)