18 June 2010

siapakah dr yusof al qardawi?

Beliau Lahir di sebuah desa kecil di Mesir bernama Shafth Turaab di tengah Delta pada 9 September 1926. Aku lahir 10 September.. Hehe.. Lari sehari je. Pada Usia 10 tahun, beliau sudah hafal al-Qur'an. Menamatkan pendidikan di Ma'had Thantha dan Ma'had Tsanawi, Qardhawi terus melanjutkan ke Universiti al-Azhar, Fakulti Ushuluddin. Dan lulus tahun 1952. Tapi bergelar doktor pada tahun 1972 melalui thesisnya "Zakat dan Dampaknya Dalam Penanggulangan Kemiskinan", yang kemudian di sempurnakan menjadi Fiqh Zakat. Sebuah buku yang sangat komprehensif membahas persoalan zakat dengan keadaan sosial modern.




Disebabkan kelewatan meraih doktor, kerana beliau terpaksa meninggalkan Mesir akibat kekejaman rejim yang berkuasa saat itu. Beliau terpaksa menuju Qatar pada tahun 1961 dan di sana sempat mendirikan Fakulti Syariah di Universiti Qatar. Pada saat yang sama, beliau juga mendirikan Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi dan mendapat kewarganegaraan Qatar serta menjadikan Doha sebagai tempat tinggalnya.



Dalam perjalanan hidupnya, Qardhawi pernah di penjara pada zaman mudanya kerana terlibat dalam pergerakan Ikhwanul Muslimin Waktu itu Mesir dipegang Raja Faruq sekitar tahun 1949, saat umurnya masih 23 tahun,.Pada April tahun 1956, beliau ditangkap lagi akibat Revolusi Juni di Mesir. Qardhawi terkenal dengan khutbah-khutbahnya yang berani sehingga dilarang sebagai khatib di sebuah masjid di daerah Zamalik. Alasannya, khutbah-khutbahnya menjurus kepada pemikiran umum tentang ketidak adilan rejim saat itu. Qardhawi memiliki tujuh anak. Empat putri dan tiga putra. Sebagai seorang ulama yang sangat terkenal, beliau membebaskan anak-anaknya untuk menuntut ilmu apa saja sesuai dengan minat dan bakat serta kecenderungan masing-masing. Beliau tidak pernah melupakan untuk menyemai pendidikan pada anak-anak perempuannya dan anak laki-lakinya.



Salah seorang putrinya memperoleh doktor fisik dalam bidang nuklear dari Institusi barat. Putri keduanya memperoleh doktor dalam bidang kimia juga dari institusi barat, sedangkan yang ketiga masih menempuh S3. Adapun yang keempat telah menyelesaikan pendidikan S1-nya di Universiti Texas Amerika.



Dari tujuh anaknya, hanya seorang yang belajar di Universiti Darul Ulum Mesir dan menempuh pendidikan agama. Sedangkan yang lainnya, mengambil pendidikan umum dan semuanya ditempuh di luar negeri. Ia menujukkan Qardhawi merupakan seorang ulama yang menolak perbezaan ilmu secara kolot. baginya semua ilmu harus dipelajari dan tidak hanya bergantung kepada orang yang mempelajari dan mempergunakannya. Pemisahan ilmu secara dikotomis itu, menurut Qardhawi, telah menghambat kemajuan umat Islam.



Yang Tulus & Ikhlas :

No comments:

kumpulan feelhoney-sekadar lelaki biasa

hayati lirik ini

mengemis kasih-raihan (hayati bersama)