17 February 2009

hukum muzik dalam islam....sekadar renungan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ....dan salam sejahtera kepada semua pengunjung dan juga ingin diucapkan terima kasih kepada anda yang sudi untuk mengunjungi blog saya ini. dan pada kali ini saya ingin mengongsikan sedikit perkara yang menjadi relevan di kalangan masyarakat islam iaitu hukum muzik dalam dalam islam.....ini adalah sebagai renungan....sekiranya anda ada komen ......amatlah di alu-alukan....... :)

Mengenai hukum muzik di dalam Islam, adalah jelas ia perkara khilaf di mana ada sesetengah ulama mengatakan ianya haram. Namun saya cenderung untuk mengikuti jumhur ulama yang mengatakan muzik dibolehkan, selagi mana ia mempunyai mesej positif dan tidak melalaikan pendengarnya daripada menunaikan kewajiban mereka sebagai orang Islam.

Berikut saya turunkan petikan daripada sebuah artikel mengenai ‘Muzik Dalam Islam’ tulisan Wan Muhammad Wan Sulong dari Universit Yarmouk yang merumuskan perkara ini seperti berikut:

- ‘Di zaman kini, penggunaan muzik begitu berleluasa. Muzik digunakan dalam media massa elektronik. Di TV, muzik digunakan untuk rancangan yang berfaedah dan tidak berfaedah.

Begitu juga dengan radio. Di sini kita dapati penggunaan muzik telah berubah daripada zaman dahulu. ‘Uruf dan adat telah bertukar sebagaimana kata Dr Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya ‘Al-Mufassal’ .

Oleh kerana perkembangan dunia seni yang begitu pesat, muzik kini tidak lagi menjadi syiar kepada majlis-majlis arak, ahli fasiq dan maksiat semata-mata.

Misalnya, apabila kita mendengar muzik dalam rancangan berita atau muzik yang digunakan untuk berpindah dari satu program ke program lain, adakah ia mengingatkan kita kepada majlis-majlis arak atau majlis-majlis ahli fasiq dan maksiat?

Sudah tentu jawapannya tidak. Malah muzik di zaman ini berfungsi mengikut tujuan dan suasana ianya digunakan. Kerana itu, penulis berpendapat penggunaan muzik di zaman kini adalah harus tetapi mestilah meraikan syarat-syarat berikut:

i. Niat pengguna dan pendengar hendaklah betul berdasarkan kaedah Al-Umur Bimaqasidiha iaitu sesuatu urusan adalah berdasarkan maksudnya

ii. Tujuan dan suasana penggunaan muzik tidak melanggar batas-batas Allah SWT iaitu mestilah digunakan untuk tujuan-tujuan yang mulia.

iii. Mengelak daripada menyerupai golongan fasiq, maksiat dan kufur iaitu menjaga adab-adab Islam dalam penggunaan muzik. Tidak boleh menggunakan muzik-muzik tertentu yang hanya digunakan oleh golongan fasiq dan fasad seperti rentak rock dan yang seumpama dengannya. Nabi SAW bersabda: ‘Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, ia seperti tergolong dalam kaum tersebut.’


wallahu a'lam....

No comments:

kumpulan feelhoney-sekadar lelaki biasa

hayati lirik ini

mengemis kasih-raihan (hayati bersama)