24 February 2009

KUmpulan solihin ......singapura


lsetelah di tubuhkan pada tahun 1998. Dengan tujuan utama untuk menghidupkan lagu-lagu nasyid & juga untuk menarik remaja-ramaja sekarang meminatinya. Pada masa permulaan kumpulan nasyid ini ditubuhkan ianya mempunyai anggota yang seramai 10 hingga 12 orang yang terdiri dari golongan remaja & dewasa. Kebanyakan mereka adalah dari kumpulan belia-belia masjid. Termasuk juga 2 anggota wanita remaja yang menganggotai nasyid solihin. Akan tetapi mereka hanya bermain alat-alat 'percussion' sahaja yang mana hanya anggota lelakinya sahaja menjadi vokalis.

Selalunya membuat persembahan secara 'live' dengan vokal & alat 'percussion' yang ramai. Nasyid Solihin telah banyak mendapat undangan bagi menyerikan majlis-majlis seperti Maulid, Forum Agama, Perayaan Islam, pameran-pameran & karnival setempat. Dan tidak ketinggalan juga memasuki pertandingan-pertandingan Nasyid. Pada tahun 2004, Kumpulan Solihin telah menjuarai pertanding Nasyid Nasional Singapura yang dianjurkan persatuan wartawan Melayu S'pura. Selain dari itu juga Solihin pernah juga diundang membuat persembahan di Konsert Nasyid Nasional Ke-2 yang juga di serikan oleh kumpulan nasyid popular Malaysia Hijjaz & Konsert Nasyid 2005 bersama kumpulan UNIC. Dan pada tahun 2003 pernah menyerikan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Nasional & Remaja. Dan juga pada menjelang Awal tahun Baru 2004, Solihin diundang mewakili Jamiyah membuat persembahan di Majlis World Peace di Kallang Theater yang terdiri dari perbagai persatuan-persatuan Agama yang lain.

Anggota Nasyid Solihin kini hanya mempunyai 5 orang sahaja setelah melalui pelbagai rombakkan atas urusan-urusan tertentu & juga dimana ramai anggotanya telah menjalani Perkhidmatan Negara & lain-lain. Namun Solihin tetap kekal sehingga kini yang diterajui oleh salah seorang dari pengasasnya iaitu Sdra Ramlee Ahmad. Solihin kini hanya menumpukan pada kekuatan vokalis sahaja dimana mereka yang berempat itu adalah : Sdra Malik, Safaruan, Shah, Khairul & termasuk Sdra Ramlee sendiri.



Yang Tulus & Ikhlas :

2 comments:

umar_skyscooter said...

helo dan hai,sye ni peminat chelsea,jadi sye nak ajk tuan rmh join blog kelab chelsea sye ni di http://kelabbolasepakchelsea.blogspot.com ,ok bye

admin said...

Tahniah

Drp:
http://drbadrulaminbahron.blogspot.com

kumpulan feelhoney-sekadar lelaki biasa

hayati lirik ini

mengemis kasih-raihan (hayati bersama)