06 May 2011

Bismillah ...rintihan seorang dae'

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung semoga anda dalam lindungan Allah subhanahu wataala....

subhanallah masya Allah beberapa hari ini diriku telah diuji dengan pelbagai ujian subhanallah...ya allah begitu aku ini insan yang lemah............memang benar juga kata ustaz saya dahulu mengatakan bukan mudah untuk mendidik masyarakat dengan sekarang ini kalau dilihat begitu luas anasir-anasir luar yang bergejolak yang boleh menghambatkan serta menggoda keimanan setiap anak muda di luar sana.

Ya Allah.....rasa hati saya ini amat-amatlah sedih dengan kata-kata seorang anak muda yang begitu angkuh dan sombong mengatakan ia sudah sempurna mempelajari semua ilmu agama....ya allah subhanallah ....amat-amat teruji juga keimanan saya,namun apa yang perlu saya lakukan dan mengatasi perkara ini adalah seperti berdasarkan sebuah hadis sohih : Barangsiapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya ( kekuasaannya ). Jika tidak mampu maka dengan lisannya dan jika tidak mampu maka dengan hatinya dan itu merupakan ekspresi iman yang paling lemah. [ HR. Shahih Muslim, At Tirmidzi dan Ahmad dari Abu Sa'id al Khudri ]
Yang Tulus & Ikhlas :

18 April 2011

Pena bermula lembaran 2011

assalamualaikum,salam sejahtera buat semua pengunjung ke blog sederhana saya ini.rasanya dah lama tak update blog ini. alhamdulilah sudah 4 bulan di tahun 2011 bermacam2 perkara berlaku sama ada manis atau pahit dapat dirasakan.

Namun,yang pahit atau manis harus juga diteruskan. alhamdulilah perancangan baru yang akan menyusul dan berita-berita terbaik akan saya update untuk tatapan anda ....

salam sayang dari saya :)
Yang Tulus & Ikhlas :

19 December 2010

Gathering MAHER ZAIN SINGAPORE FAN CLUB(mzsfc)

assalamulaaikum,dan salam sejahtera kepada semua pengunjung,bersyukur ke hadrat ilahi kerana diberi kan kesempatan untuk saya menulis dan update blog saya ini........berbulan-bulan tidak update.

pada kali ini saya ingin kongsikan dengan anda gathering yang pertama kali singapore menganjurkan utk maher zain fan club.namun walaupun majlisnya agak begitu sederhana dan tidak ramai yang hadir,namun rasa bersyukur ke atas sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan........

ini adalah beberapa gambar yang ingin saya kongsi dengan anda.............enjoy

ws......miftah :)

15 November 2010

FEnomena Maher Zain

Assalamualaikum,agak sekian lama tidak update blog ini.....namun alhamdulilah diberi peluang dan masa untuk saya kongsi dengan anda para pengunjung dan terima kasih kerana sudi menziarahi blog sederhana saya ini.

kali ini saya ingin kongsi dengan anda sedikit mengenai artis antarabangsa yang memang tidak asing lagi yak ni maher zain....yang popular dengan lagu INSYA ALLAH,BARAK ALLAH dan lain-lain lagi.

kalau anda perhatikan di ruangan facebook,sudah ada beberapa negara telah menjadi fan club bagi maher zain.antara yang paling popular yaitu maher zain malaysian fan club(mzm-fc) kemudian di susuli dengan beberapa fan club dari negara yang lain.

Baru-baru ini singapura sudah mula berani untuk mengadakan fan page istimewa khas buat WARGA singapura tidak kitra dimana jua mereka berada .alhamdulilah dengan sokongan dan bantuan dari teman-teman dari MZM-FC alhamdulilah tertubuhnya fan page maher zain singaporean fan club :).

dan seterusnya kepada anda yang dari singapura khususnya ingin mengetahui perkembangan terkini kedatangan maher zain terutama peminat dari singapura  anda boleh terus layari ke fan page mzs-fc dan juga boleh dgrkan www.cahayafm.net untuk keterangan lanjut bersama dj miftah.

dengan itu.setakat ini saje,,,,,ehehehe bertemu di lain warkah ;)

wassalam...........
Yang Tulus & Ikhlas :

21 October 2010

EMBED RADIO CAHAYAFM YANG BARU

ASSALAMUALAIKUM,ANDA KINI BOLEH COPY DAN PASTE EMBED CAHAYAFM DI BLOG ATAU LELAMAN ANDA,ANDA BOLEH MENGAMBILNYA DI BAWAH INI :)

Assalamualaikum.




Kepada para pendengar CFM yang dihormati. Berbanyak terima kasi...h kami ucapkan kepada kalian kerana tidak jemu2 mengikuti siaran CFM sejak lahir hingga kini. Atas dokongan kalian, CFM sekali lagi akan bertukar html kerana server CFM yang telah dinaiktaraf sebelum ini sudah tidak dapat menampung jumlah pendengar CFM yang terus-terusan meningkat. KOD BARU HTML CFM BOLEH DIDAPATI DI HALAMAN UTAMA PORTAL KOMUNITI CAHAYAFM. Bermula jam 2. 00 pagi ini semua siaran Cahayafm hanya akan diterima melalui kod html yang baru. Sila maklum perkara ini dan mohon jasa baik para pendengar untuk sama2 mewar2kan kepada para pendengar atau rakan FB yang lain. Pertukaran ini juga sedikit sebanyak akan mengganggu penerimaan siaran CFM. Walaupun ia sedikit menyulitkan namun, ia adalah untuk kepentingan CFM dan para pendengar sekalian. Kami bagaimanapun, mohon maaf atas kesulitan ini.

anda boleh mendapatkan kod atau embed yang baru di facebook cahayafm :)








See more

by: Cahaya.FM
Demi Masa..
Yang Tulus & Ikhlas :

AMER MUNAWER YUSOFF(EX RUFFEDGE)

Wednesday, October 20, 2010Nasyid Cafe: Amer Munawer Yusoff.


1- Amer Munawer Yusoff is his name and he carved his name in the mainstream popular scene as one fifth of a local RnB quintet called Ruffedge. After the release of the group's second album called Ruffera in the year 2005, Amer went on soul searching and eventually quit his highly acclaimed group.



2- Five years later, in 2010 Amer Munawer came back on his own venturing into the realm of Islamic entertainment with his RnB Soul heavy debut single titled Seluruh Mahabbah to the surprise of his former fans and nasyid fans alike. It was a 360 degree turn and everyone welcomed him with calm and welcoming embrace. Alhamdulillah and Ahlan.



3- It took me quite a few spin before the song, Seluruh Mahabbah can register into my system. No doubt I loved the whole song and it was indeed a beautiful song cherishing the birth and life of the prophet Muhammad PBUH blessing the whole world with his light with the will of Allah.



4- As i have mentioned earlier, the song was heavily enthused with RnB and Soul thus in order to appreciate the beauty of the song one needs to appreciate how emotion is expressed through RnB and Soul music since it's an entirely different atmosphere compared to, say, Raihans' or Hijjazs' songs so to speak.



5- It'll grow up into you with a few spin. What ever it is, thank you Amer Munawer Yusoff for the beautiful contribution to the Islamic Entertainment. You can purchase the single for RM10.00 a piece. Contact the guy through his blog at http://www.mermotto.blogspot.com/.

sumber dari nasyidcafe.blogspot.com


Yang Tulus & Ikhlas :

28 September 2010

CAHAYAFM (RADIO ONLINE ISLAM PERTAMA DI SABAH)

assalamualaikum,alhamdulilah panjat kesyukuran kehadrat ilahi kerana diberi kesempatan lagi untuk saya update blog saya ini.

alhamdulilah.....dunia it semakin meleluasa namun tidak menjadi satu halangan bagi islam untuk di sebarkan di seluruh dunia dengan adanya seperti wadah alternatif ini.

kebelakangan ini,kita sudah ketahui terdapat satu radio online yg khusus untuk pencinta nasyid dan merupakan radio islam yang pertama di tubuhkan iaitu nasyidfm . namun setelah itu pada tahun 2010 ini pula terdapat satu lagi radio online ditubuhkan di negeri di bawah bayu iaitu sabah ,satu peningkatan dan kemajuan yang dapat kita lihatkan di sabah.radio online islam tersebut di namakan radio cahayafm dan anda dapat mendengarkannnya dengan anda mmepunyai internet .

dengan tawadu'nya dan kesyukuran saya ingin kongsi dengan anda beberapa gambar berkaitan dengan cahayafm ini.asalamaualaikum....semoga terhibur :)


Yang Tulus & Ikhlas :

25 August 2010

Bersama anak muridku :)

 
Aassalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung....di harapkan anda dalam keadaan sehat wal afiat.

kali ini saya ingin kongsi dengan anda saat indah bergelar muallim...kepada anak muridku....alhamdulilah.......terasa sayang pulak.....meliha gelagat nya...


walau ape pon ini lah dia sedikit gambar nak dikongsi.... ;)


Yang Tulus & Ikhlas :

DI SUATU PETANG HARI AHAD ;)

assalamualaikum,dah lama agaknya tidak update blog.......slam sejahtera kepada semua pengunjuung dan salam ramadhan kareem buat antum semua ;0

alhamdulilah,diberi kesempatan lagi utk menyambut bulan ramadhan almubarak ini.dan minggu ini merupakan minggu asignment.........sekali datang............begitu bnyk.........adess....waalau ape pon...ini lah dia pic2 sy utk hilangkan stress dgn kawan haahah enjoy............ ;)


takde keje..............depan swimming pool ;)



hahaha.........dua anak dara berangan tak sudah ;)



Yang Tulus & Ikhlas :

12 August 2010

Rancangan Edisi Khas Ramadhan@Radio Seri.Fm

BERSEMPERNA MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN,BUAT PERTAMA KALINYA SERIFM AKAN BERSIARAN 24JAM BERSAMA PENDENGAR MULAI AWAL RAMADHAN INI...


ANTAP BREAKFAST@SERIFM =8am-10am(Djay Faiz,Kuching)


SERIFM CONER = 10am-1pm (Djay Arissa,Miri Sarawak)

SELEKSI DJ@SERIFM = 1pm-5pm (Dj Abnor,Bandar Jempol)

CAFE MUZIK@SERIFM = 4pm-6pm (Auto Djay)

*SENJA RAMADHAN *= 6pm-9pm(Dj Bertugas Secara Bergilir)

MUZIK 59@SERIFM = 9pm-11pm (Djay Auto)

CAHAYA NASYID@SERIFM =11am-2am(Dj Miftah,Singapura)

ZONE SERIFM = 2am-4am (Auto Djay)

*JENDELA SUBUH* = 4am-6am (Djay Bertugas Secara Bergilir)

SERIFM.NET = 6am-8am (Auto Djay)
Yang Tulus & Ikhlas :

30 July 2010

28 July 2010

GATHERING SANTAI KELAB JALINAN UKHUWAH IKIM.FM

ASSALAMUALAKUM TEMAN2 DI LUAR SANA KELAB JALINAN UKHUWAH AKAN MENGADAKAN GATHERING SANTAI DI SG CONGKAK PADA 31 JULAI INI. PENYERTAAN ADALAH PERCUMA....MARI SAMA2 MENGERATKAN LAGI SILATUL RAHIM ........ :)

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI ABI YAHYA  DI TALIAN : 019-4496035.

Yang Tulus & Ikhlas :

26 July 2010

MALAM KESENIAN ISLAM ANJURAN UIAM GOMBAK

JEMPUTAN KE MALAM KESENIAAN ISLAM DI UIAM GOMBAK SABTU INI JAM 8 MALAM,TIADA BAYARAN TIKET DIKENAKAN,ARTIS JEMPUTAN DEVOTEES,RIJAL,RAIHAN..PAKAT2 KAT SAHABAT2 YG LAIN DATANG RAMAI2 OK.JGN LEPASKAN PELUANG INI UNTUK MENYAKSIKAN MEREKA SECARA LIVE DISANA!!!
Yang Tulus & Ikhlas :

KONSERT AMAL UTEM

KONSERT AMAL UTEM
6 OGOS 2010
BERTEMPAT : TAPAK KONVENSYEN UTEM
Yang Tulus & Ikhlas :

kumpulan FAZS...............NASYID BARU


FAZS : ADALAH SEBUAH KUMPULAN POP ISLAMIC, YG SUDAH BERTAPAK DALAM ARENA SENI TANAH AIR SEJAK TAHUN 2004 sehingga sekarang...AHLI KAMI TERDIRI DRPD 5 ORG.. SEKARANG KAMI BERKERJASAM DI BAWAH NAUNGAN SYARIKAT BESTARI TERBIT SDN BHD... PIHAK KAMI MENERIMA SEBARANG JUA MAJLIS YG BERBENTUK KEROHANIAN, MOTIVASI DAN SEBAGAINYA, KAMI JUGA ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN P.A. SYSTEM DAN PROJECTOR SKRIN UNTUK SEMUA MAJLIS, SAMADA KONSERT, KONVESNYEN DAN SEBAGAINYA... SEBARANG URUSAN BOLEH HUBUNGI ( MOHAMAD ROSHARIZAN ROZLAN @ A.YOB - 019-3090539 ). BERAMAL KERANA ALLAH ADALAH CITA-CITA TERTINGGI KAMI...

LAYARI BLOG MEREKA http://www.fazsentertainment.blogspot.com/.

Yang Tulus & Ikhlas :

kumpulan feelhoney


Feelhoney merupakan sebuah kumpulan nasyid indie yang mula mengorak langkah pada tahun 2005 di Pusat Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan. Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, mereka menyepi untuk seketika. Feelhoney yang dianggotai oleh 5 orang mahasiswa Universiti Malaya ini kembali menyemarakkan irama dakwah dengan lagu berkonsepkan religi dengan irama yang lebih segar di telinga pendengar terutamanya di Universiti Malaya. Keselesaan dan kebebasan berkarya atas nama Indie menjadikan mereka lebih kreatif untuk mencorakkan lagi irama dakwah yang dibawakan.Feelhoney setakat ini telah mampu menghasilkan beberapa buah lagu dan antara yang mendapat respon positif setakat ini adalah lagu Sujud Memohon Cinta dan Kisah Cinta. Dan dalam masa terdekat ini Feelhoney dalam proses merakamkan single pertama mereka " KISAH CINTA" yang akan dimuatkan dalam ALBUM NASYEED UNDERGROUND yang menggabungkan penasyid-penasyid indie.Insya Allah pada masa akan datang, feelhoney ingin mengorak langkah setapak lagi kehadapan untuk melahirkan mini album mereka di bawah label FEELHONEY ENTERTAINMENT sendiri yang pastinya bakal memberikan variasi tersendiri buat penggemar irama nasyid terutamanya di Universiti Malaya sendiri. Antara lagu yang bakal dimuatkan ialah :


Aku ada kamu

Sesuatu yang hilang

Tika Bersamamu

Sujud Memohon Cinta

Sekadar Lelaki Biasa

Kisah Cinta


Yang Tulus & Ikhlas :

Fadhilat nisfu syaaban

1. Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban.


( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )







2. Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina ‘Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.

( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)



3. Telah memberitahu kami Sufian bin ‘Uyainah daripada Ibn Abi Labid daripada Abi Salamah telah berkata : Aku telah bertanya Sayyidatina ‘Aishah tentang puasa Rasulullah S.A.W maka dia menjawab : Adalah baginda S.A.W berpuasa sehingga kami berkata : Sesungguhnya baginda S.A.W telah berpuasa dan baginda s.A.W berbuka sehingga kami mengatakan : Telah baginda S.A.W berbuka. Aku tidak pernah melihat baginda S.A.W berpuasa dari sebulan sahaja lebih banyak daripada puasa baginda S.A.W pada bulan Sya’ban. Kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa Sya’ban sebulan penuh dan kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa sedikit daripadanya.

(Diriwayatkan oleh imam Muslim di dalam sohihnya)



4. Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah bin Abi Qais sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina ‘Aishah berkata : Bulan yang disukai oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda S.A.W berpuasa padanya adalah bulan Sya’ban kemudian disambung puasa pada bulan Ramadhan.

( Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaei, Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)



5. Telah memberitahuku Al-Maqburi daripada Abu Hurairah daripada Usamah bin Zaid telah berkata: Aku telah berkata : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kau telah melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana engkau puasa padanya. Soal Rasulullah S.A.W : Bulan apa? Aku telah berkata: Sya’ban bulan diantara Rejab dan Ramadhan yang mana melupai manusia mengenainya(diangkat kepadaNya) segala amalan semua hamba maka aku lebih suka amalanku tidak diangkat melainkan bersamanya aku berpuasa. Mka aku berkata lagi: Aku melihat engkau berpuasa pada hari Isnin dan Khamis dan tidak mengabaikan kedua-dua hari itu.Sabda baginda S.A.W : Sesungguhnya segala amalan semua hamba akan diangkat pada kedua-dua hari itu maka aku lebih suka tidak diangkat amalanku melainkan bersamanya aku berpuasa.

( Hadis ini sanadnya Hasan dan telah dikeluarkan oleh An-Nasaei, Imam Ahmad dan imam Al-Baihaqi )



HADIS MENGENAI KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN



1. Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya’ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan.

( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani )



2.Daripada Hisham bin Hassan daripada ( Al-Hasan daripada) Usman bin Abi Al-’As daripada Nabi S.A.W telah bersabda : Apabila tibanya malam nisfu (pertengahan) daripada bulan Sya’ban, pemanggil akan memang- gil : Adakah daripada mereka yang memohon keampunan maka nescaya diampun baginya ? Adakah daripada kalangan mereka yang meminta maka akan diberi? Maka tidak ada seseorang yang memohon sesuatu melainkan akan diberi melainkan penzina dengan kemaluannya ataupun orang syirik.

( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Al-Kharaiti, Al-Baihaqi dan imam Sayuti )





Penerangan Hadis



1. Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita bagaimana kelebihan bulan Sya’ban yang mana Rasulullah S.A.W sentiasa berpuasa bahkan melebihi bulan-bulan yang lain.



2. Hadis-hadis ini juga menerangkan bagaimana hukum berpuasa pada bulan Sya’ban iaitu sunat bukannya wajib. Oleh itu baginda S.A.W kadang-kadang berpuasa penuh sebulan pada bulan ini dan pada suatu ketika baginda tidak berbuat demikian. Kita perlu ingat bahawa setiap perbuatan Rasulullah S.A.W merupakan sunnah fi’liyyah (sunnah yang berasaskan perbuatan) yang boleh dijadikan hujjah di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.



3. Baginda S.A.W juga menggalakkan kita agar di dalam melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah maka ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit. Kita kadang-kadang melakukan perkara ini secara banyak tetapi tidak berterusan dan ia dilakukan apabila timbulnya perasaan rajin sahaja. Ini menyebabkan kita kurang merasai hikmat dan kesan daripada amalan tersebut. Ini kerana apabila ia dilakukan secara berterusan akan mendatangkan kepada kita perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan dan ini akan melahirkan individu yang sentiasa berada dalam ibadat dan mengingati Allah setiap masa dan tempat sama ada ditikar sembahyang, ketika belajar mahupun ketika berkerja.



4. Galakan ini juga bertujuan untuk melatih dan membiasakan kita dengan berpuasa sebelum masuknya bulan Ramadhan yang memang kita mesti berpuasa padanya.

5. Baginda juga menekankan bagaimana seseorang muslim mesti percaya bahawa setiap amalan yang dilakukan bukanlah sia-sia malah ia akan diangkat kepada Allah untuk dihisab kualitinya. Apabila perasaan ini timbul sepanjang kehidupan dan peribadatan kita seharian akan menyebabkan kita semakin yakin kepada balasan Allah terhadap apa yang telah kita sama-sama tunaikan. Ini dapat menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu ibadat sambil lewa dan penuh dengan perasaan malas dan juga mampu memberi peringatan agar jangan mendekati segala maksiat kerana setiap gerak laku kita diperhati dan dihisab oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.



6. Baginda S.A.W juga menjelaskan bagaimana adanya waktu-waktu tertentu yang mempunyai kelebihannya tersendiri seperti pada hari Isnin dan Khamis serta pada bulan Sya’ban terutama pada malam pertengahan bulannya. Baginda S.A.W juga mengajar kita agar menggunakan kesempatan yang ada dengan berdoa dan beribadah kepada Allah.



7. Islam mengajar kita agar menjaga masa dan menggunakan peluang yang ada untuk beribadat bukannya dihabiskan begitu sahaja disebabkan kita tidak merasa berdosa apabila tidak mempedulikan masa. Orang kafir mapu menjaga masa dan menggunakan masa untuk perkara berfaedah serta tidak kurang juga digunakan untuk mengatur strategi di dalam menyerang Islam. Adakah kita terus hanyut dibuai mimpi sedangkan musuh Islam telah lama merancang untuk menghancurkan kita.



8. Islam mahu melahirkan umat yang berkualiti dalam ibadat, masa dan pekerjaan yang mana ia tidak menyuruh kita sekadar menunaikan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan bersedekah sahaja tetapi juga menekankan agar setiap ibadat yang dilakukan mampu melahirkan umat yang sedar siapa mereka dan apa tanggungjawab mereka. Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah memarahi sahabat yang hanya mahu beribadat khusus sahaja sedangkan baginda S.A.W sendiri bukan sahaja merupakan orang yang kuat beribadat khusus, memohon keampunan malah baginda juga sebagai bapa, suami, ahli masyarakat dan juga yang paling besar dan berat adalah sebagai pemimpin negara. Semuanya dikira ibadat jika dilakukan mengikut landasan Islam. Kita jangan termakan dengan dakyah sesat golongan kuffar yang menyatakan ibadat adalah perkara yang berkaitan dengan sembahyang, puasa, haji dan ibadat khusus yang lain sahaja tanpa mempedulikan kewajipan kita yang besar seperti tanggungjawab terhadap kerja, keluarga, masyarakat setempat dan juga pemerintahan negara.



9. Islam mencela mereka yang syirik, berzina dan bermusuhan yang mana doa mereka tidak dimaqbulkan.




Yang Tulus & Ikhlas :

kumpulan feelhoney-sekadar lelaki biasa

hayati lirik ini

mengemis kasih-raihan (hayati bersama)